Adik Luth Meninggal Dunia

luth meninggal dunia

Adik Luth Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff yang menghidap penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM) dilapor telah menghembuskan nafas terakhir pada 12.14 tengahari di Subang Jaya Medical Centre hari ini.

Berita itu dikongsi oleh pengguna @luthfighterboy di laman Instagram, yang dicipta oleh Mas Haziqah (ibu saudara Luth) yang bertujuan untuk mengemas kini keadaan kanak-kanak berusia empat tahun itu.

“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Luth telah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengahari di Subang Jaya Medical Centre.

“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan redha dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi.

“Mommy akan sentiasa bersama Luth sayang,” memetik kapsyen yang tulis pada Rabu.

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Keadaan Luth merosot

Kredit: luthfighterboy/Instagram

Pagi tadi, doktor memaklumkan Luth berada dalam keadaan kritikal susulan kesihatannya menunjukkan kemerosotan.

Sebelum ini, Luth telah menjalani ujian electroencephalogram (EEG) bagi mengesan gelombang otak Luth pada 26 dan 27 Jun lalu.

Hasil ujian yang dilakukan, doktor memaklumkan keputusan itu tidak memberangsangkan ekoran otak Luth tidak lagi menunjukkan sebarang tanda aktif atau berfungsi.

Keadaan itu membuatkan doktor memberi saranan dengan meminta supaya pihak keluarga membuat keputusan dan langkah yang terbaik buat Luth.

“Kami dengan redha, telah membuat keputusan atas nasihat doktor dan juga pandangan daripada ahli keluarga yang lain, termasuk memohon petunjuk daripada Allah SWT.

“Sesungguhnya ini merupakan ujian dan dugaan yang sangat berat buat kami. Kami redha dan serahkan segalanya kepada Allah SWT di atas kekuasaan dan ketentuan-Nya,” katanya.

Hidap penyakit “rare”

Difahamkan, Luth telah disahkan menghidap penyakit yang jarang berlaku terhadap kanak-kanak tersebut pada 31 Januari 2023.

Hazirah yang juga ibu tunggal kepada tiga cahaya mata berkata dia telah melakukan sedaya upaya supaya Luth kembali kepada sedia kala.

“Doktor juga mengatakan hanya 10 peratus jangka hayat kanak-kanak yang menghidap penyakit ini.

“Kemungkinan anak saya mempunyai kurang dari satu tahun untuk hidup sekiranya tidak dirawat secepat mungkin,” katanya memetik laman web Bantuan.

Sumber: luthfighterboy/Instagram

BACA: Apa Hukum Kerjakan Ibadah Haji Guna Duit Bantuan Anak-Anak? Ikuti Jawapan Dr Zulkifli

The post Adik Luth Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*