Gempa Bumi Lemah Gegar Semporna, Sabah 

gempa bumi semporna sabah

Gempa Bumi Lemah Gegar Semporna, Sabah 

KOTA KINABALU — Satu gempa bumi lemah direkodkan berlaku di Semporna, Sabah dengan kekuatan Magnitud 2.6 pada jam 7.39 malam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran berpusat di 4.5 darjah Utara dan 118 darjah Timur pada kedalaman 3 kilometer (km).

Difahamkan, gegaran dapat dirasai di sekitar Semporna, Sabah.

Walau bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan gempa berkenaan.

Tambah MetMalaysia, pihaknya akan terus memantau keadaan tersebut.

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Indonesia, Beberapa Negeri Malaysia Mungkin Rasa Gegaran

Pada 3 April lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 melanda Utara Sumatera, Indonesia pada 10.59 malam, lapor Bernama.

Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah,  gempa tersebut berpusat pada kedalaman 86 kilometer dan terletak pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

Tambahnya, gegaran mungkin dirasai di Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

BACA JUGA: Cara Nak Set Notifikasi Amaran Gempa Bumi Guna ‘Apps’ Weather

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, maklumnya.

Bomba Terima Panggilan Kecemasan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur turut mengesahkan menerima satu panggilan berhubung gegaran itu. Difahamkan, ia daripada penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras.

Menurut jurucakap JBPM KL, sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi untuk pemantauan dan pemeriksaan lanjut.

Terima Notifikasi Amaran Gempa

Dalam pada itu, hasil semakan di laman sosial Twitter turut mendapati pengguna dari pelbagai lokasi juga merasai gegaran. Tambahan lagi, ada yang membuat perkongsian tangkap layar amaran awal gempa bumi dari sistem Android.

Antara reaksi mereka ialah menyoal kesahihan insiden itu.

“Semoga selamat dan baik-baik saja bagi yang terkesan dengan gempa bumi itu,” ciap seorang pengguna akaun Twitter.

Seorang lagi turut menciap “Rumah aku dah lah tinggi, boleh rasa gegaran tadi.”

Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA JUGA: Penerbit Yang Semakin Melonjak, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

The post Gempa Bumi Lemah Gegar Semporna, Sabah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*