Isu Sindiran Bekas Isteri – Fizo Omar Enggan Panjangkan Aatau Ungkit Kisah Lama: “Kita Dah Ada Keluarga Masing-Masing”

“Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri,” demikianlah kata pelakon dan usahawan Fizo Omar yang mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu berhubung sindiran dibuat bekas isteri, Mawar Karim yang memberi bayangan dia hidup atas tanggungan usahawan berkenaan sebelum ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 38, berkata, kedua-dua mereka kini sudah pun memiliki keluarga sendiri dan tidak perlu untuk mengungkit kisah lama.

Kata-kata tersebut juga seolah menjawab persoalan ramai tentang status Mawar yang dikatakan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Sebelum ini, Mawar menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya memberitahu, dia kini lebih bahagia apabila ada yang membandingkan kehidupannya dengan Fizo bersama isteri iaitu Fazeera Nazri.

Klik untuk gambar besar

Dalam hantaran tersebut, Mawar memberi bayangan seolah-olah sebelum ini dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri Fizo.

“Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit tak habis lesap. Kalau berbanding dulu faham-faham sendirilah. Takkan nak cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu” tulisnya.

Untuk makluman, Mawar dan Fizo mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*