Agoda Lancar Buku Kanak-kanak Dihasilkan Oleh AI Generatif

Menjelang Hari Kanak-Kanak Sedunia yang berlangsung setiap tahun pada 20 November, platform pelancongan digital Agoda telah menghasilkan sebuah buku kanak-kanak dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan Generatif (Gen AI). Buku yang berjudul ‘Maya and the Secret World of Agoda’ menyemarakkan imaginasi serta menggalakkan kanak-kanak untuk meneroka dan menikmati teknologi. Buku tersebut kini boleh dimuat turun secara percuma di platform Agoda, dan tersedia dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Malaysia and Bahasa Inggeris.

Salinan asal dan rekaan visual awal bagi buku kanak-kanak 24 halaman ini dicipta sepenuhnya oleh perisian Kecerdasan Buatan Generatif iaitu ChatGPT dan Midjourney, di bawah pantauan pasukan pemasaran, teknologi dan penterjemahan Agoda.

‘Maya and the Secret World of Agoda’ mengisahkan seorang gadis muda bernama Maya, yang memulakan pengembaraannya ketika melawat ibunya di pejabat Agoda di Bangkok. Buku ini membawa pembaca muda atas sebuah perjalanan, dan memperkenalkan mereka kepada konsep teknologi melalui watak-watak menawan yang membantu menangkap imaginasi mereka, menjadikannya pilihan yang menghiburkan dan mendidik untuk kanak-kanak dan keluarga yang berminat dengan teknologi di seluruh dunia. Ia berfungsi sebagai bukti dedikasi Agoda terhadap teknologi dan komitmennya untuk mencetuskan inspirasi dan kreativiti dalam minda kanak-kanak, terutamanya di Asia, yang mana terletaknya ibu pejabat Agoda.

“Penghasilan buku ini merupakan sebuah projek yang menyeronokkan bagi menggalakkan lebih ramai kanak-kanak meneroka dan menikmati teknologi” kata Idan Zalzberg, Ketua Pegawai Teknologi di Agoda. “Pada masa yang sama, ia meraikan kehidupan di Agoda dan ribuan warga Agoda yang bekerja tanpa jemu untuk membantu pelancong bercuti di serata dunia dengan harga yang lebih murah. Kedua-dua teks dan visual buku tersebut boleh dipertingkatkan dengan penglibatan manusia, tetapi hasilnya menunjukkan betapa pantasnya perkembangan teknologi Gen AI ini.”

Tambah Zalzberg, “Walaupun buku ini dicipta adalah untuk keseronokan dan untuk memberi inspirasi kepada generasi bakat teknologi masa depan, kami memandang berat terhadap penggunaan Gen AI di Agoda. Terdapat lebih daripada 70 buah projek dalaman yang sedang dilaksanakan di bawah seliaan jabatan teknologi untuk memanfaatkan peningkatan kecekapan dan menambah baik platform kami untuk pengembara di seluruh dunia. Penambahbaikan Gen AI telah dimanfaatkan untuk menghasilkan fitur-fitur dalaman yang baharu di platform Agoda dan memberikan pengalaman khidmat pelanggan yang lebih berkesan.”

Sebagai sebuah platform pelancongan digital, Agoda sangat menitikberatkan teknologi. Untuk mengendalikan platform tersebut, Agoda menggunakan lebih 500,000 teras CPU merentas empat pusat data di seluruh dunia, yang diuruskan oleh kejuruteraan Agoda. Platform data Agoda mengandungi lebih daripada 30 petabait data.

‘Maya and the Secret World of Agoda’ kini boleh dimuat turun secara percuma di pautan: agoda.com/aibook/. Setiap edisi mengandungi dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris, bahasa asal yang digunakan oleh Gen AI serta edisi dalam bahasa Thai, Jepun, Cina Ringkas, Cina Tradisional, Vietnam, Bahasa Indonesia, Bahasa Malaysia, dan Korea.

The post Agoda Lancar Buku Kanak-kanak Dihasilkan Oleh AI Generatif appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*