Jumlah SD: ‘Cukup Dah Semua, Tunggu Hari Saja’ – Sanusi

jumlah sd sanusi

Jumlah SD: ‘Cukup Dah Semua, Tunggu Hari Saja’ – Sanusi

Jumlah akuan bersumpah (SD) telah mencukupi untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan, demikian dakwaan Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, lapor Sinar Harian.

Pun begitu, Menteri Besar Kedah itu tidak menjelaskan secara terperinci berkenaan perkara itu serta jumlah SD yang diterima.

“Cukup dah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” ulasnya pendek selepas diminta komen tentang SD yang didakwa untuk menjatuhkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada semalam.

Pada Ahad, media melaporkan Pejabat Ketua Pembangkang telah menafikan dakwaan bahawa 118 Ahli Parlimen gabungan tersebut diberikan perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas datang bersama SD.

Katanya, kenyataan tular yang didakwa dikeluarkan pada Sabtu oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin itu adalah palsu.

Kenyataan tersebut mendakwa daya upaya PN untuk menyelamatkan negara telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda YDPA.

Tidak dinafikan, topik mengenai ‘Langkah Dubai’ yang dirancang untuk menumbangkan kerajaan turut menjadi perbualan hangat.

Sanusi beberapa hari lalu turut mendakwa Kerajaan Perpaduan tidak akan kekal sehingga lima tahun selepas mengesahkan bahawa wujud gerakan untuk menumbangkannya.

Bagaimanapun, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menegaskan ‘Langkah Dubai’ tidak akan memberikan kesan kepada Kerajaan Perpaduan.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Langkah Dubai: Sanusi Sahkan Wujud Gerakan Tumbangkan Kerajaan

The post Jumlah SD: ‘Cukup Dah Semua, Tunggu Hari Saja’ – Sanusi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*