Ahli Astronomi Temui Lohong Hitam Terbesar, Berjisim 30 Bilion Kali Ganda Matahari

lubang hitam terbesar

Ahli Astronomi Temui Lohong Hitam Terbesar, Berjisim 30 Bilion Kali Ganda Matahari

Sekumpulan ahli astronomi berjaya menemui lohong hitam atau black hole terbesar pernah ditemui setakat ini, lapor Space.com.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Notis Bulanan Persatuan Astronomi Diraja, lubang hitam berkenaan terletak ditengah-tengah sebuah galaksi. Ia terletak pada jarak ratusan juta tahun cahaya dari Bumi.

Ahli astronomi memanggil ‘raksasa kosmik’ itu sebagai lohong hitam ultramasif kerana mempunyai jisim kira-kira 30 bilion kali ganda jisim matahari.

Menurut ahli  astrofizik di Universiti Durham, James Nightingale berkata lohong hitam itu ditemui ketika pasukan mereka memerhatikan sebuah galaksi yang terletak jauh dari Bumi.

“Lohong hitam itu mempunyai jisim sekitar 30 bilion kali ganda jisim matahari. Ia merupakan salah satu penemuan terbesar yang pernah dibuat dan sangat menarik,” katanya dalam kajian terbaharu itu.

lubang hitam terbesar
Gambar: ESA/Hubble, Digitized Sky Survey, Nick Risinger (skysurvey.org), N. Bartmann

Anggaran saiz dibuat selepas pasukan itu mengkaji dan menganalisis pembesaran latar depan pada lohong hitam itu menerusi imej-imej yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble.

Dengan menggunakan pemodelan komputer yang canggih, para saintis dapat membuat simulasi berapa banyak cahaya yang membengkok di sekeliling galaksi latar depan lohong hitam itu berada.  Ribuan saiz lubang hitam telah diuji bagi mendapatkan hasil yang sepadan dengan pemerhatian.

BACA JUGA: Kajian Mendakwa Ada Dua Lohong Hitam 800 Juta Ganda Lagi Besar Dari Matahari Akan Bertembung

Difahamkan, lohong hitam tersebut terletak di salah satu gugusan galaksi Abell 1201 dan tidak begitu aktif.

Ini bermaksud lohong hitam itu tidak terlalu banyak menelan banyak benda dan tidak menghasilkan sinar-X yang kuat.

“Kebanyakan lohong hitam terbesar yang kami ketahui berada dalam keadaan aktif. Semua benda yang berada berdekatan akan ditarik ke lohong hitam itu. Ia juga memancarkan sinar-X dan sinaran lain.

“Walau bagaimanapun, kanta graviti mendedahkan bahawa kemungkinan lohong itu tidak aktif. Perkara itu merupakan satu perkara yang belum pernah terjadi buat masa ini di galaksi yang jauh.

“Pendekatan ini boleh membolehkan kita mengesan lebih banyak lohong hitam di luar alam semesta dan mendedahkan bagaimana objek eksotik ini berkembang lebih jauh sepanjang masa kosmik,” katanya.

Sumber: Space.com

The post Ahli Astronomi Temui Lohong Hitam Terbesar, Berjisim 30 Bilion Kali Ganda Matahari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*