ATM Diberi Penghormatan Sertai Perbarisan Pertabalan Raja Charles III

ATM sertai pertabalan raja charles III

ATM Diberi Penghormatan Sertai Perbarisan Pertabalan Raja Charles III

Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini telah diberikan penghormatan untuk menyertai perbarisan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Raja Britain, Raja Charles III di London.

Memetik Astro Awani, menjelang Istiadat Pertabalan pada 11 pagi tadi, perbarisan itu telah diwakili oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Perbarisan dilaporkan bermula pada jam 8 pagi waktu tempatan atau sekitar 3 petang waktu Malaysia.

Kontinjen 1 RAMD telah berlepas ke UK pada 27 April lalu untuk menjalani latihan dan raptai. Perbarisan itu turut melibatkan seramai dua orang pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat.

Kontinjen yang diketuai Mejar Nurul Fauzan Md Sabri memulakan sesi latihan pada 28 April hingga 4 Mei, dan dijadual berlepas balik ke Malaysia pada 7 Mei ini.

Sementara itu, menerusi kenyataan 1 RAMD di laman Facebook memaklumkan bahawa Istiadat Pertabalan bakal menyaksikan gabungan tradisi yang menarik.

Kredit Facebook 1 RAMD

Gabungan tradisi tradisional dan moden akan diperlihatkan dalam istiadat kali ini

Pertabalan pada kali ini akan memperlihatkan adat tradisi yang berusia hampir 1,000 tahun, termasuk upacara moden yang menggambarkan pelbagai kepercayaan dan budaya di Britain.

“Pegawai Memerintah mengucapkan selamat maju jaya kepada Kontinjen 1 RAMD yang akan terlibat dalam istiadat ini yang dijadual disertai juga ketua negara yang lain termasuk Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan orang kenamaan,” demikian menurut kenyataan itu.

Untuk maklumam, Raja Charles III pada hari ini akan ditabalkan di Westminster Abbey London dalam upacara yang penuh istiadat.

Istiadat Pertabalan itu dikendalikan oleh Uskup Agung Canterbury, Justin Welby dan dijangka akan disaksikan oleh jutaan masyarakat dunia.

Setelah selesai Mahkota St. Edward yang diperbuat daripada emas dimahkotakan ke atas Charles oleh Welby, maka laungan “God Save the King” akan kedengaran di sekitar biara.

BACA: Ratu Elizabeth II Mangkat Pada Usia 96 Tahun

Istiadat pertabalan ini merupakan yang pertama di Britain sejak 70 tahun lalu selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada usia 96 tahun.

Selain raja dan permaisuri dari seluruh dunia, istiadat ini juga akan menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara dan selebriti.

Sumber: Astro Awani

The post ATM Diberi Penghormatan Sertai Perbarisan Pertabalan Raja Charles III appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*