Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga

Akaun 2 kwsp

Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga

KUALA LUMPUR — Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan ahlinya dibenarkan untuk menggunakan dana dalam Akaun 2 untuk tujuan membeli produk insurans hayat dan kritikal serta takaful bagi ahli keluarga terdekat, lapor Dagang News.

Difahamkan, inisiatif ini terletak di bawah i-Lindung Fasa 2.

Bagi mana-mana ahli yang mahu membeli insurans dan menyertai produk takaful untuk diri mereka sendiri atau ahli keluarga terdekat, boleh membeli daripada syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan oleh KWSP.

Proses ini boleh dilakukan menerusi platform i-Lindung dalam aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun (ahli).

BACA: Mizz Nina Tarik Balik Kes Penjagaan Penuh Musa

Untuk makluman, sekitar 102,301 ahli telahpun membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung sejak ia diperkenalkan pada Julai 2022 hingga Disember 2023.

Inisiatif ini merangkumi perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan.

KWSP turut melancarkan peningkatan penting dalam memberi tumpuan kepada pengurusan polisi dan sijil, yang menjurus kepada perlindungan lanjutan melebihi satu tahun, lapor portal berita.

Langkah tersebut bagi menggalakkan lagi ahli dalam memanfaatkan sambutan tersebut.

Bukan itu sahaja, platform tersebut turut menawarkan ciri seperti pengurusan dasar yang diperkemas, pembayaran berulang yang mudah untuk perlindungan jangka panjang selepas ia dinaik taraf.

Akaun 3 Untuk Kecemasan

Dalam laporan Bernama sebelum ini, Akaun 3 KWSP akan mula dilaksanakan pada April 2024. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Pada bulan Februari 2024 akan diumumkan dividen bagi akaun KWSP dan selepas itu Kementerian Kewangan akan mengumumkan kaedah lebih terperinci mengenai fleksibel akaun yang juga akaun nombor tiga.

“Organisasi yang berkaitan boleh memberikan pandangan mengenai fleksibel akaun ini dan mereka boleh menulis kepada Kementerian kewangan dan juga KWSP,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Lembaga Pengarah dan Seminar Persatuan Keselamatan Sosial ASEAN (ASSA) ke-40.

BACA JUGA: MPK Kini Dikenali Sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

Sumber: Dagang News

The post Ahli KWSP Dibenarkan Guna Akaun 2 Untuk Beli Insurans Ahli Keluarga appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*