Selalu Guna Ikan, Boleh Cuba Buat Singgang Sotong, Ini Resepinya

Resipi Singgang Sotong

Selalu Guna Ikan, Boleh Cuba Buat Singgang Sotong, Ini Resepinya

Sebut sahaja ‘singgang’ pasti ramai yang terbayang makanan bersup panas. Hidangan ini enak dimakan bersama nasi panas serta budu.

Anda cuma menyediakan periuk dan bahan-bahan masakan hanya perlu direbus sahaja.

Bukan itu sahaja, malah singgang juga mudah untuk dimasak di rumah.

Lauk ini juga boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tidak melibatkan penggunaan minyak dan tidak perlu menumis.

Untuk yang sedang berdiet atau mahu memulakan diet, hidangan singgang sangat sesuai untuk anda.

Selain itu, singgang juga sesuai dijadikan menu orang berpantang atau sakit.

Biasanya, kita akan masak singgang menggunakan beberapa jenis ikan tetapi mesti ada satu tahap kita dah bosan dengan makanan yang sama.

Sekali-sekala mesti nak cuba makanan lain daripada yang lain kan?

Jadi hari ini, SK nak kongsikan resipi Singgang Sotong. Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Masakan kampung.

Bahan-bahan untuk Singgang Sotong

Pertama sekali, sediakan beberapa ekor sotong, 2 batang serai (diketuk), setengah bawang Holland, 3 ulas bawang putih (hiris terlebih dahulu), 1 inci lengkuas, 1 inci halia, 10 tangkai cili padi.

Kemudian, anda juga memerlukan asam keping, tomato, putik jagung, daun limau purut serta daun ketumbar.

Cara-cara membuat hidangan ini

Mula-mula, anda perlu didihkan air yang secukupnya dalam periuk.

Seterusnya, masukkan bahan-bahan seperti serai, bawang Holland, bawang putih, lengkuas, halia, cili padi serta asam keping.

Kemudian, biarkan ia selama beberapa minit ataupun sehingga betul-betul mendidih.

Setelah itu, barulah anda masukkan tomato, putik jagung, daun limau purut dan akhir sekali sotong.

Perasakan singgang tadi dengan garam atau jika ada serbuk perasa cendawan, boleh taburkan sedikit.

Akhir sekali, masukkan daun ketumbar bersama akarnya. Untuk memastikan sotong tidak kecut, anda perlu menutup api sejurus singgang telah mendidih.

Apabila selesai, anda boleh makan bersama budu atau hidangan lain.

Sekiranya anda suka makan ikan singgang kuning, anda boleh menambah serbuk kunyit.

Jika tidak, boleh sediakan singgang putih seperti biasa. Apa-apa pun, ikut selera masing-masing, ya.

Selamat mencuba.

BACA: Resipi Ayam Bakar Tomyam Memikat Selera, Senang Buat

Sumber: Laman Facebook Masakan Kampung

The post Selalu Guna Ikan, Boleh Cuba Buat Singgang Sotong, Ini Resepinya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*