Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu

PUTRAJAYA – Datuk Ir. Ahmad Redza Ghulam Rasool dilantik sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya baharu yang berkuatkuasa pada 5 Januari 2023.

Pelantikan Ahmad Redza, 59, dibuat berdasarkan kelayakan, ciri-ciri kepimpinan dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan, pengurusan projek pembangunan, pengurusan aset.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengarah di beberapa negeri selain menjadi Pengarah Kanan di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali, pihaknya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki Ahmad Redza mampu memacu agenda pembangunan dan infrastruktur negara sekaligus mengangkat JKR sebagai agensi teknikal utama bertaraf dunia.

“Saya bagi pihak kerajaan ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Ir. Mohamad Zulkefly Sulaiman atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sepanjang perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Sebelum ini, Ahmad Redza memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra).

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 39 tahun sebagai jurutera awam
bermula 21 Disember 1984 serta mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

The post Ahmad Redza dilantik Ketua Pengarah Kerja Raya baharu appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*