Gemar Pakai Baju Hitam, Tapi ‘Color’ Makin Pudar? Pakai Benda Ini Untuk Naikkan Warna

Gemar Pakai Baju Hitam

Gemar Pakai Baju Hitam, Tapi ‘Color’ Makin Pudar? Pakai Benda Ini Untuk Naikkan Warna

Memang ada individu yang meminati warna hitam malah jika perlu semua barangannya semua warna gelap misalnya pakaian, peralatan elektronik dan sebagainya.

Hal ini kerana kalau dah minat memang begitulah caranya, suka mengumpul barangan yang sama warna.

Tipulah kalau orang yang tidak minat warna hitam tidak mempunyai koleksi barangan warna hitam lebih-lebih lagi baju.

Umum tahu, baju hitam mudah untuk digandingkan dengan warna lain malah tidak dinafikan orang yang memakai pakaian serba hitam kelihatan lebih menarik.

Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai baju berwarna hitam, anda perlu ikuti perkongsian ini. Kita tahu, anda pasti ada mengalami masalah baju pudar warna, bukan?

Bagaimana mahu kekalkan warna itu? Mari, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!

Gemar Pakai Baju Hitam
Kredit: Hello Doktor

Kalau anda mahu memutihkan kembali pakaian putih, peluntur warna adalah pilihan yang tepat. Namun, bagaimana pula cara jika anda ingin menghitamkan semula pakaian hitam yang semakin pudar? Adakah kena guna pemati warna?

Kenapa pakaian boleh pudar jika jarang pakai?

Mungkin ramai yang terfikir dan tertanya-tanya kenapa warna pada baju atau seluar boleh pudar walaupun jarang dipakai bukan?

Untuk pengetahuan anda semua, warna pada pakaian terhasil melalui proses terapan dan lekatan dakwat berwarna di fabrik pilihan. Sayangnya, dakwat ini tidak akan kekal sama selama-lamanya.

Meskipun tidak akan hilang semua, namun warna pada baju dan seluar boleh pudar. Contohnya, pakaian dengan warna hitam boleh berubah kepada warna kelabu atau perak apabila dakwat asal tertanggal.

Selain jarang pakai, ada banyak lagi faktor yang mungkin mempercepatkan proses ini berlaku seperti berikut:

  • Penggunaan bahan pembersih atau pewangi yang kurang sesuai
  • Percampuran di antara pakaian warna lain ketika proses mencuci
  • Pakaian terdedah kepada peluh, kencing dan lain-lain cecair
  • Anda terlalu kerap atau salah teknik membersihkan pakaian
  • Kualiti fabrik dan/atau dakwat yang sangat rendah

Pun begitu, anda tidak perlu risau kerana warna pada pakaian (dalam kes ini, hitam) boleh kembali kepada warna asal hanya dengan menggunakan sejenis produk di pasaran yang mungkin masih ramai belum tahu.

Pemati warna, apa yang anda perlu tahu?

Produk yang lebih popular dengan nama dye ini sudah lama wujud di pasaran tetapi agak kurang sambutan kerana ia sukar untuk digunakan selain individu itu mungkin lebih gemar beli pakaian baru sahaja.

Fungsi pemati warna ini tidak banyak bezanya dengan produk untuk mewarnakan rambut atau kuku di mana ia boleh menerapkan dan melekatkan warna pada objek hasil proses penyapuan serta pengeringan.

Gemar Pakai Baju Hitam
Kredit: Hello Doktor

Dalam produk ini, dakwat akan dicampurkan dengan bahan di bawah agar warna dapat melekat dan mengekal:

  • Asid asetik
  • Asid formik
  • Asid sulfurik
  • Hidroklorik
  • Hidrogen peroksida
  • Soda abu
  • Soda kaustik

Bersama dengan mungkin banyak lagi bahan kimia yang lain, dye pakaian ini jelas hanya sesuai digunakan bagi fabrik sahaja. Elakkan ia daripada terhidu, tertelan atau terkena pada mata dan kulit agar tidak timbul bahaya!

Bagaimana pula cara guna pemati warna?

Setelah tahu bahan dan fungsi pemati warna, kalian juga kena tahu cara guna dye ini dengan betul supaya pakaian itu dapat diwarnakan dengan baik serta sebarang kesan sampingan mampu dielakkan.

BACA JUGA: Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai

Sebenarnya, ia bukan usaha yang sukar. Anda hanya perlu ikut beberapa langkah mudah berikut dengan cermat:

  1. Pisahkan setiap pakaian anda itu mengikut warna dan jenis.
  2. Rendamkan pakaian di dalam baldi atau besen berisi air paip.
  3. Sediakan satu bekas lain berisi air panas, garam dan dye yang sama warna dengan pakaian.
  4. Masukkan pakaian anda tadi ke dalam bekas yang satu lagi, kacau dan biarkan selama 2 ke 3 jam.
  5. Keluarkan pakaian dan keringkan ia di bawah sinaran cahaya matahari.

Dengan cara dan produk ini, maka baju atau seluar hitam anda yang sudah pudar itu boleh hitam semula seperti baru dibeli. Pun begitu, masih ada risiko untuk ia bertompok serta nampak tidak natural.

Tiada masalah juga jika kalian ingin mewarnakan semula pakaian berwarna lain seperti biru, merah, kuning atau lain-lain. Syaratnya, anda perlu memastikan bahawa kod warna produk dan pakaian itu tepat!

Gemar Pakai Baju Hitam
Kredit: Hello Doktor

Jika timbul masalah, segera jumpa doktor

Memandangkan produk ini tinggi kandungan bahan kimia, anda disarankan untuk mengelak daripada terhidu, tertelan atau terkena pada kulit dan mata. Ia boleh membawa banyak implikasi yang buruk.

Contohnya jika ia terkena pada kulit, ia bukan sahaja boleh terlekat pada waktu yang lama malah akan menyebabkan kulit mengalami kerengsaan, keradangan atau mungkin kesan parut kekal jika dibiarkan.

Atau sebagai alternatif lebih bijak dan selamat, kalian juga boleh menggunakan bahan natural dari dapur seperti buah, sayur, herba atau lain-lain untuk dijadikan sebagai dakwat alami kepada pakaian anda!

Mungkin disebabkan itu juga, tidak ramai pengguna untuk produk pemati warna ini. Sebaiknya, serahkan proses ini kepada mereka yang lebih pakar atau tolong buat dengan lebih waspada agar tidak timbul kesan buruk kelak.

 

Sumber: Hello Doktor

The post Gemar Pakai Baju Hitam, Tapi ‘Color’ Makin Pudar? Pakai Benda Ini Untuk Naikkan Warna appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*