AI Didakwa Mampu Hasil Senjata Pembunuh Dalam Tempoh Dua Tahun – Laporan

ai senjata pembunuh

 AI Didakwa Mampu Hasil Senjata Pembunuh Dalam Tempoh Dua Tahun – Laporan

Sistem Kecerdasan Buatan (AI) berupaya membangun lebih ‘tinggi’ seiring kemajuan semasa apabila didakwa mampu membunuh banyak manusia dalam masa dua tahun sahaja, menurut Penasihat Rishi Sunak, Matt Clifford mengenai teknologi itu, lapor Yahoo!.

Clifford berkata, jika pembangun AI tidak dikawal selia pada skala global maka kemungkinan terdapat sistem yang sangat kuat yang sukar dikawal oleh manusia.

“Saya fikir terdapat banyak jenis risiko yang berbeza dengan AI dan selalunya dalam industri kita bercakap tentang risiko jangka pendek dan jangka panjang.

“Risiko jangka pendek sebenarnya agak menakutkan,” katanya.

Malah risiko jangka pendek dikatakan agak menakutkan dengan AI mempunyai potensi untuk mencipta senjata siber dan biologi yang dipercayai boleh menyebabkan banyak kematian.

Komen itu dibuat selepas surat yang disokong oleh berpuluh-puluh pakar termasuk perintis AI, diterbitkan beberapa minggu lalu.

Ia memberi amaran bahawa risiko teknologi itu harus ditangani segera sama seperti pandemik dan perang nuklear.

“Anda boleh menggunakan AI hari ini untuk mereka cipta senjata bio atau melancarkan serangan siber berskala besar. Ini adalah perkara yang tidak baik.

“Jenis kewujudan risiko yang saya fikir penulis surat bercakap adalah tentang apa yang berlaku sebaik sahaja kita mencipta spesies baharu dengan berkesan, kecerdasan yang lebih hebat daripada manusia,” jelasnya.

Sambil mengakui bahawa ia memerlukan skala masa dua tahun untuk komputer mengatasi kecerdasan manusia, ujarnya sistem AI menjadi lebih berkebolehan pada kadar peningkatan.

BACA: Cara Mudah Kesan Tanah Lot Guna Aplikasi MyLot

Apabila ditanya mengenai peratusan manusia boleh dihapuskan oleh AI, Clifford berkata semestinya ia bukan sifar.

“Jika kita kembali kepada perkara seperti senjata bio atau siber (serangan), ia mempunyai ancaman yang sangat bahaya kerana boleh membunuh manusia.

“Saya fikir perkara yang perlu diberi tumpuan sekarang ialah bagaimana kita memastikan untuk tahu cara mengawal model ini, kerana sekarang kita tidak tahu,” tambahnya.

Pakar teknologi itu berkata pengeluaran AI perlu dikawal pada skala global dan bukan sahaja oleh kerajaan negara.

Aplikasi AI telah menjadi tular dalam talian dengan pengguna menyiarkan imej palsu selebriti.

Ia termasuk pelajar universiti menggunakan ChatGPT untuk membantu menghasilkan karangan.

Mengulas lanjut beliau berkata AI juga boleh melaksanakan tugas menyelamatkan nyawa.

Seperti algoritma menganalisis imej perubatan iaitu sinar-X, imbasan dan ultrasound.

Ia juga membantu doktor mengenal pasti dan mendiagnosis penyakit seperti kanser dan keadaan jantung dengan lebih tepat dan cepat.

Jelasnya, jika AI digunakan dengan cara yang betul ia boleh menjadi kekuatan untuk kebaikan.

Sumber: Yahoo!

BACA: Bagaimana Tong LPG Boleh Meletup? Ini Jawapan Pakar

The post AI Didakwa Mampu Hasil Senjata Pembunuh Dalam Tempoh Dua Tahun – Laporan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*