Aidilfitri: Aliran Trafik Dijangka Meningkat Susulan Tol Percuma Bermula Hari Ini

aidilfitri aliran trafik

Aidilfitri: Aliran Trafik Dijangka Meningkat Susulan Tol Percuma Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) — Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 8 pagi ini, jumlah kenderaan masih terkawal dan trafik di beberapa lebuh raya utama lancar.

BACA: Viral Pemandu U-Turn Berjemaah Di Lebuhraya, Dipercayai Nak Elak Jalan Sesak

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 dilaporkan lancar untuk dilalui setakat ini.

“Namun, trafik bergerak sedikit perlahan sebelum memasuki terowong Genting Sempah di Lebuhraya KL – Karak (KLK),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

Sumber: BERNAMA

The post Aidilfitri: Aliran Trafik Dijangka Meningkat Susulan Tol Percuma Bermula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*