Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Siput

kanak-kanak 12 tahun maut dibaham buaya

Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Siput

Seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mencari siput di perairan Pulau Sumangut Payau dilaporkan maut dibaham buaya pada hari ini, lapor Sinar Harian.

Mangsa berusia 12 tahun dikatakan telah disambar buaya ketika sedang berenang menghampiri perahunya kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata bahawa pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian kira-kira jam 8.25 pagi.

Menurut Severinus, seramai empat anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer. Anggota tersebut menaiki sebuah pacuan empat roda serta bot bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Berdasarkan maklumat daripada saksi menyatakan bahawa mangsa sebelum itu mencari siput di kawasan berkenaan dan selepas selesai mangsa mahu kembali semula ke perahunya.

“Ketika berenang menghampiri perahu, tiba-tiba mangsa disambar buaya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa. 

Operasi mencari turut dibantu Maritim Malaysia

Tambahnya, mangsa kemudiannya ditemui pada jam 10.38 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dan dilaporkan telah meninggal dunia.

Terdahulu, anggota bomba menemukan mayat mangsa serangan buaya di Sungai Rawod, Ladang Linbar 2 pada 11 Mei, lapor Sinar Harian.

Mayat Rudi Amiruddin, 28, yang merupakan pekerja kilang ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa dibaham pada jam 10.30 pagi 11 Mei yang lalu .

Bagaimanapun, jasad berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Beluran Edoen Macheal, operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari ketiga.

Operasi itu yang bermula pada jam 6.45 pagi turut dibantu oleh pelbagai agensi keselamatan dan penduduk kampung.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

“Mangsa akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan terapung dan tidak sempurna iaitu dari bahagian pusat sehingga kaki hilang manakala kedua-dua tangan juga turut hilang dipercayai telah dibaham buaya mengikut pengakuan saksi yang turut berada di lokasi.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi segera ditamatkan pada jam 11.30 pagi,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Sumber: Sinar Harian

The post Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Siput appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*