Air Mineral Dari Gunung Raya, Langkawi Ada Kandungan Silika Paling Tinggi?

Air mineral mengandungi silika

Air Mineral Gunung Raya Dari Langkawi Ada Kandungan Silika Paling Tinggi?

Air merupakan asas kehidupan dan tanpa air manusia mungkin tidak mampu bertahan dan hidup di atas muka bumi ini.

Di Malaysia, air dibekalkan terus ke setiap rumah sebagai air terawat. Bergantung kepada kualiti sistem paip di kawasan tempat tinggal anda, air terawat ini biasanya boleh diminum begitu sahaja.

Namun umumnya, air terawat ini mungkin lebih selamat untuk diminum jika dimasak terlebih dahulu.

Satu lagi sumber air yang ada dan diburu oleh manusia adalah sumber air mineral.

Air mineral adalah merupakan sumber minuman yang selalunya diambil dari bawah tanah dan mengandungi kandungan mineral yang tinggi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, air mineral semula jadi adalah datang dari bawah tanah untuk kegunaan makan dan minum manusia.

Sumber air itu sama ada berpunca daripada mata air, telaga, gerekan atau lain-lain jalan keluar dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida.

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenama produk terkenal menjual air mineral yang dikilangkan di Malaysia.

Namun begitu, tidak semua jenama air mineral tempatan mengandungi sejenis sumber atau bahan yang dikenali sebagai silika.

Sebelum itu, apa itu silika?

Menurut pensyarah kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Shaharuddin Mohd Sham, silika merupakan bahan semula jadi yang wujud dalam tanah.

Silika atau nama lainnya siliko dioksia (SiO2) terbentuk daripada silikon dan oksigen yang berada di dalam tanah.

Satu kajian mendapati bahawa pengambilan silika membantu dalam kesihatan tulang apabila ia diambil dengan vitamin D dan suplemen kalsium.

Kajian itu menerangkan bahawa air mineral yang mengandungi silika membekalkan bahan yang mudah diserap oleh badan.

Berhubung dengan dimentia pula, satu kajian telah dijalankan oleh penyelidik Perancis pada 2009 ke atas seorang pesakit berusia 65 tahun.

Kajian itu mendapati dengan meningkatkan pengambilam silika sebanyak 10mg sehari dapat mengurangkan risiko penyakit tersebut.

Air mineral miliki kandungan silika paling tinggi ada di Langkawi?

Terbaru, seorang pengguna X yang dikenali sebagai @adibhazlami menerusi hantarannya berkongsi berkenaan sumber air mineral yang miliki kandungan silika paling tinggi di Malaysia.

Menurut Adib, air mineral yang miliki silika paling tinggi iaitu sebanyak 94mg/l diambil dari Gunung Raya, Langkawi.

Sumber air itu dikatakan telah diambil pada kedalaman 130 meter di bawah tanah di kawasan hutan granit Gunung Raya.

Gunung yang telah diiktiraf sebagai tapak UNESCO Global Geopark pada 2007 itu dianggarkan berusia lebih 550 juta tahun.

Selain itu, Gunung Raya juga menjadi gunung pertama yang mendapat pengiktirafan oleh UNESCO di Asia Tenggara.

Difahamkan, sumber air itu telah dihantar ke sebuah makmal di Jerman untuk diuji dan mendapati ia mengandungi pH 7.85 dan kandungan silika 94mg/l.

Kandungan silika yang tinggi dalam air mineral tersebut sekaligus menjadikan air mineral dari Gunung Raya sebagai air mineral paling tinggi kandungan silika di Malaysia.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: ResearchGate, Universiti Putra Malaysia, X/@adibhazlami, Kementerian Kesihatan Malaysia, BERNAMA

The post Air Mineral Dari Gunung Raya, Langkawi Ada Kandungan Silika Paling Tinggi? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*