“Demi Allah, 100% Fitnah..” – Neelofa Nafi Teguran Soal ‘Travel’ Dituju Untuk Seseorang

Sebelum ini, selebriti popular, Neelofa pernah memuat naik status di Instagram Story menegur budaya membuat content di platform media sosial semasa bercuti di luar mahupun dalam negara.

Menurutnya, ketika bercuti, lebih baik jika menikmati masa ketika berada di tempat tersebut daripada memuat naik di mana-mana platform dan hal itu ditulis atas pengalamannya sendiri beberapa tahun lepas.

Biarpun tidak menujukan status tersebut kemana-mana pihak, netizen memandai mengaitkan pesanan itu dengan selebriti, Fazura kerana kebetulan mereka sekeluarga sedang bercuti di luar negara, lalu memuat naik detik-detik disana di Instagram.

Sedar statusnya dimanipulasi ramai, Neelofa tidak mendiamkan diri dan tampil membuat satu video penafian.

 

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*