Ais Di Antartika & Artik Catat Pencairan Berterusan Tahun Ini – NASA

Ais Di Antartika & Artik Catat Pencairan Berterusan Tahun Ini – NASA

Ais di lautan bagi kedua-dua kutub Bumi dilaporkan mengalami pencairan dan berkurangan secara berterusan pada 2024.

Di perairan sekitar Antartika, liputan ais telah menyusut ke paras terendah sepanjang sejarah untuk tahun ketiga berturut-turut.

Berdasarkan laporan Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan (NSIDC) dan NASA, ais di lautan Antartika mencapai paras terendah sepanjang sejarah pada 20 Februari. Manakala, ais di lautan Artik pula berada pada paras ke-14 terendah dalam catatan rekod NSIDC.

Gambar: NASA Earth

Kekurangan liputan ais di kawasan kutub akan membolehkan lautan untuk membawa kehangatan ke kawasan kutub. Perkara ini akan mencetuskan lebih banyak peleburan ais dan sekali gus meningkatkan paras air lautan di seluruh dunia.

Berdasarkan rekod, kawasan lautan ais yang berada di sekeliling benua Antartika telah berkurangan secara mendadak setiap tahun. Manakala, purata peleburan ais di kawasan tersebut selama beberapa dekad menunjukkan nilai yang agak stabil.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, litupan ais laut di sekitar Antartika telah menjunam. Walau bagaimanapun, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada paras ais laut yang rendah baru-baru ini di Kutub Selatan menunjukkan perubahan jangka panjang dan bukannya turun naik statistik.

Kesan pencairan ais di kawasan kutub

Peleburan ais di kawasan kutub menyebabkan Bumi lebih terdedah untuk mengalami fenomena pemanasan solar.

“Lautan ais dan salji di atas permukaan kutub memiliki sifat memantulkan haba.

“Ketika musim panas, jika kita ada lebih banyak ais di lautan, ini dapat memantulkan radiasi daripada Matahari dan memastikan planet kita dalam keadaan yang sejuk,” kata saintis ais, Linette Boisvert dari Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA.

Sebaliknya, lautan luas yang memiliki warna lebih gelap pula lebih cenderung untuk menyerap radiasi solar. Lautan akan menyerap dan menyimpan tenaga dan seterusnya membawa kepada pemanasan lautan dan atmosfera di planet ini.

Gambar: NASA Earth

Bukan itu sahaja, ais di lautan sekitar kutub kini lebih terdedah kepada cuaca berbanding belasan tahun yang lalu.

Ukuran ketebalan ais menunjukkan semakin kurang ais yang berjaya untuk bertahan  sepanjang tempoh beberapa bulan yang lebih panas.

Ini bermakna, ais baharu perlu terbentuk dari awal setiap tahun, daripada sekadar meningkatkan jumlah lapisan pada ais lama.

Semakin nipis ais, semakin cenderung untuk ais mencair lebih pantas berbanding kadar pengumpulan lapisan untuk beberapa tahun sebelumnya.

“Dalam beberapa dekad, berkemungkinan kita akan menghadapi musim panas tanpa adanya ais,” ujarnya.

Perkara ini tidak mustahil dengan liputan ais berkurangan di bawah 400,000 batu persegi (1 juta kilometer persegi) dan sebahagian besar Lautan Artik terdedah dengan suhu dari Matahari.

BACA: Sayu, Ramai Yang Tak Beli Baju Raya, Rupa-rupanya Sebab Ni…

Sumber: NASA

The post Ais Di Antartika & Artik Catat Pencairan Berterusan Tahun Ini – NASA appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*