Segitiga Bermuda: Misteri Kapal & Pesawat Hilang, Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

misteri fakta segitiga bermuda

Segitiga Bermuda: Misteri Kapal & Pesawat Hilang, Ini Fakta Yang Perlu Diketahui

Pernah tak anda mendengar misteri kehilangan kapal terbang di kawasan yang dipanggil Segitiga Bermuda?  Tentu ramai sudah mengetahui mengenai kawasan ini.

Pelbagai teori sains dan misteri kehilangan kapal terbang sering dikaitkan dengan lokasi ini. Pastinya ia menimbulkan pelbgai tanda-tanya dan persoalan apa yang terdapat di sebalik kawasan ini.

Segitiga Bermuda

misteri fakta segitiga bermuda
Gambar: Marine Insight

Menurut Britannica, Segitiga Bermuda atau Bermuda Triangle terletak di sebahagian daripada Lautan Atlantik Utara, di mana lokasi tepatnya adalah di luar pantai Amerika Utara.

Kawasan ini juga bersempadan dengan titik Bermuda, Florida dan Puerto Rico.

Lokasi Segitiga Bermuda dikenali sebagai lokasi yang sering dikunjungi oleh kapal pesiar dan kargo. Difahamkan, kebanyakan kapal yang melalui kawasan itu berpotensi karam di situ berbanding kawasan lain.

Dalam satu abad terakhir, kawasan ini dipercayai telah meragut lebih dari 1,000 nyawa menjadikan ia penuh dengan misteri dan mitos.

BACA: Kenapa Kekunci F Dan J Ada “Garis”? Ini Sebabnya

Misteri Segitiga Bermuda

Menurut Jacqueline Laks Gorman dalam bukunya yang bertajuk ‘The Bermuda Triangle’ yang diterbitkan pada 1974 menjelaskan, terdapat kapal laut dan kapal terbang yang melalui kawasan Segitiga Bermuda setiap tahun dan ia dikatakan sebagai ‘laluan panas’.

Akibat kapal sering melalui kawasan tersebut, berlakunya kemalangan yang menyebabkan beberapa kapal terhempas dan hilang.

Pada awalnya, kemalangan yang berlaku ini dianggap sebagai perkara biasa sehingga salah seorang daripada dua penulis, mensiarkan fenomena tersebut dengan memanggil kawasan Segitiga Bermuda sebagai ‘Segitiga Kematian’.

Gambar: Balancia Ship Agency

Gelaran ini semakin popular di kawasan Segitiga Bermuda dengan Laut Sargasso turut berada di lokasi itu. Difahamkan, kapal laut yang melalui kawasan itu boleh ‘hanyut’ kerana tiada angin.

Permulaan misteri dan mitos mengenai kawasan ini bermula apabila kapal laut dan kapal terbang yang terlibat kemalangan disenaraikan.

Jurucakap Sains Australia, Karl Kruszelnicki berkata mitos ini bermula selepas ‘konvoi’ kapal tentera karam di kawasan berkenaan sewaktu Perang Dunia Pertama dan Kedua.

BACA JUGA: Kenapa Ada Jaring Pada Belakang MotoGP Sewaktu Ujian Litar? Ini Kata Pakar

Tambahnya, rata-rata punca kemalangan ini disebabkan cuaca buruk dengan ketahanan rangka kapal yang tidak cukup kuat.

Bukan itu, sahaja, juruterbang juga cenderung melakukan kesilapan yang membawa maut seperti tersesat.

Jurutebang tersebut didakwa minum minuman beralkohol sebelum terbang, malah tidak membawa peralatan yang sesuai di atas kapal.

Bandar bawah laut

Memetik Live Science, beberapa penulis turut mendakwa lokasi tersebut letaknya kota bawah laut, Atlantis yang dipercayai berada di dasar laut.

Mereka mempercayai bahawa Atlantis menenggelamkan kapal laut dan kapal terbang dengan menggunakan tenaga kristal.

Makhluk asing

misteri fakta segitiga bermuda
Gambar: AFP

Sebahagian masyarakat pula mendakwa kawasan ini merupakan lokasi yang menghubungkan portal masa dan markas makhluk asing di bawah laut.

Misteri kehilangan kapal-kapal ini turut dikaitkan dengan dakwaan gas metana yang terdapat di dasar laut.

Killer Clouds

Gambar: Mariana Suarez/ AFP

Menurut IDN Times, Segitiga Bermuda juga ‘menyimpan’ satu awan menggerikan yang dikenali sebagai Killer Clouds.

Para ilmuwan mempercayai awan ini telah menjadi ‘pembunuh’ kepada kapal-kapal yang melalui lokasi ini.

Ia berbentuk seperti heksagon dan sering memenuhi ruang langit sepanjang 32 hingga 89 kilometer di hujung barat kawasan itu.

Apa yang paling menakutkan adalah kelajuan angin yang terhasil daripada awan ini boleh mencapai  273.6 km/j yang diibaratkan sebagai bom udara.

Fakta Disebalik Misteri Segitiga Bermuda

Menurut Perkhidmatan Lautan Kebangsaan, kebanyakan ribut tropika dan taufan Atlantik yang melalui kawasan ini adalah punca kehilangan kapal.

BACA JUGA: Kenapa Yakuza Di Jepun Sering Dikaitkan Dengan Tatu? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Selain itu, arus teluk (Gulf Stream) akibat perubahan cuaca yang pantas boleh merisikokan kapal-kapal yang melalui kawasan ini dengan ombak boleh mencapai ketinggian 14 meter.

Kawasan ini juga mempunyai banyak pulau di Laut Caribbean menjadikan mana-mana kapal yang belayar berisiko tinggi kerana terdapat banyak perairan cetek.

Gambar: US Coast Guard

Segitiga Bermuda juga menjadi tempat di mana kompas magnet menghala ke utara sebenar berbanding dengan utara magnet.

Dalam pada itu, seorang wartawan, Larry Kusche menyimpulkan tiada misteri mengenai kehilangan kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda kerana adanya fakta.

Tambahnya, misteri kehilangan kapal laut dan kapal terbang ini direka disebarkan sebelum disalahertikan sehingga ia dianggap satu kebenaran.

Difahamkan, dalam beberapa kes tiada rekod kehilangan kapal dan kapal terbang ditemui. Perkara itu dianggap terjadi dalam imaginasi penulis sahaja.

Sumber: IDN Times, Detik.com

The post Segitiga Bermuda: Misteri Kapal & Pesawat Hilang, Ini Fakta Yang Perlu Diketahui appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*