Akan Terus Terlibat Dalam Politik Kerana Khidmat Masih Diperlukan – Dr Mahathir

terus terlibat dalam politik dr mahathir

Akan Terus Terlibat Dalam Politik Kerana Khidmat Masih Diperlukan – Dr Mahathir

PUTRAJAYA, 28 Mac (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara ini.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak boleh menolak sekiranya ada pihak memerlukan bantuan beliau atau khidmat nasihatnya demi kebaikan negara.

“Demi negara (jika) orang datang minta tolong, mana mungkin saya nak kata maaf tidak boleh tolong pasal saya nak rehat. Saya ada pendapat, (bila diminta) saya sedia beri pendapat,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kenyataan ahli ekonomi Jomo Kwame Sundaram yang memintanya supaya menjadi negarawan dan tidak lagi terlibat dalam politik.

Menurut laporan media, Jomo mengatakan beliau telah menasihati Dr Mahathir supaya tidak terlibat politik tetapi telah ditolak oleh bekas perdana menteri tersebut.

Dr Mahathir berkata pendapat Jomo itu bersifat peribadi dan menolak nasihat untuk mengundurkan diri daripada politik.

Sumber: BERNAMA

The post Akan Terus Terlibat Dalam Politik Kerana Khidmat Masih Diperlukan – Dr Mahathir appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*