Pelajar Kejururawatan Hilang Lebih Dua Minggu, Ibu Mohon Bantuan Orang Ramai

Pelajar Kejururawatan Hilang

TUMPAT, 19 Mac (Bernama) — Seorang penuntut tahun satu Diploma Kejururawatan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Alor Setar dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas.

Maznah Ismail, 44, memohon bantuan orang ramai untuk mengesan anaknya Nor Diana Mohd Najib, 21, yang menurutnya baru kali pertama berjauhan dengan keluarga selepas memasuki institut berkenaan sejak dua bulan lepas.

Katanya pada 29 Feb lepas beliau menerima pesanan WhatsApp dari Nor Diana yang mengatakan dia mula bercuti dan akan pulang ke rumah, namun sehingga hari ini beliau tidak terima sebarang respon atau panggilan daripada anaknya itu.

“Saya cuba menghubunginya dan dia kata berada di rumah kakak angkat bernama ‘Ika’ yang dikenali melalui Instagram, tetapi tidak dinyatakan dengan jelas tempat tinggal,” katanya kepada pemberita di Kuarters Keretapi Tanah Melayu Berhad, Jalan Stesen Keretapi Tumpat di sini, hari ini.

Katanya pada 9 Mac lepas beliau menerima pesanan WhatsApp daripada anaknya itu, namun beliau mengesyaki pesanan itu bukan dihantar oleh Nor Diana sendiri berdasarkan kepada beberapa perkataan yang tertera.

Maznah berkata beliau sudah menghubungi pihak kolej untuk mengetahui status anaknya, dan pihak kolej memberitahu saya Nor Diana mahu berhenti kolej dan berhasrat untuk bekerja sambil belajar.

Sementara itu bapa Nor Diana, Mohd Najib Hussin, 46, yang merupakan kakitangan KTMB berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat pada 6 dan 9 Mac lepas.

“Bagaimana kes itu dirujuk ke IPD Kota Setar, Kedah.. pihak kami belum menerima khabar positif. Saya berdoa dan memohon anak saya ditemukan memandangkan 27 Mac ini tarikh akhir sebelum tindakan buang kolej dikenakan,” katanya.

BACA: Hospital Sultanah Aminah Nafi Pesakit Lambat Terima Rawatan

Sumber: Bernama

The post Pelajar Kejururawatan Hilang Lebih Dua Minggu, Ibu Mohon Bantuan Orang Ramai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*