Akaun TikTok Sanusi Kini Boleh Diakses

akaun tiktok sanusi

Akaun TikTok Sanusi Kini Boleh Diakses

Akaun TikTok rasmi milik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kini sudah boleh diakses semula oleh pemilik dan semua pengguna aplikasi tersebut.

Berdasarkan perkongsian terbaharu, Sanusi kini dilihat aktif dalam membuat perkongsian terkini berhubung majlis yang dihadiri.

Beliau bertindak untuk mengemas kini akaun tersebut kerana mahu memastikan orang ramai mengetahui bahawa akaun tersebut sudah boleh diakses semula.

Sanusi juga sempat memuat naik gambar sewaktu Majlis Penyerahan Surat Hakmilik, Lesen Menduduki Sementara dan Premium Tanah Daerah Kulim yang diadakan semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan akaun tersebut boleh diakses kembali olehnya, namun hanya mengemas kini seperti biasa.

Warga maya juga dilihat mengambil peluang meninggalkan komen pada setiap perkongsian di TikTok Sanusi, memanjat syukur selepas mengetahui akaun itu boleh diakses semula.

“Dah ada balik. Alhamdulillah,” kata warga maya.

“Alhamdulillah akaun MB (Menteri Bear) dah ada balik,” luah pemberi komen lain.

“Alhamdulillah, welcome back YB (Yang Berhormat)! Kami boleh akses dah akaun ini. Tolong kemas kini selalu ya,” ujar seorang warga maya lagi.

Sanusi juga berkongsi kepada umum mengenai sidang media di mana beliau menerangkan mengenai apa yang berlaku kepada akaun TikToknya ketika ditanya pemberita.

@sanusimdnor

Soalan wartawan berkaitan Tiktok ‘sembunyi’ akaun saya ni 🤣 Boleh follow @sanusimdnor74

♬ original sound – Muhammad Sanusi Md Nor – Muhammad Sanusi Md Nor

BACA: Isu Kecurian Nadir Bumi Di Sik: Saifudin Dakwa Sanusi Terima Surat Kompaun RM500,000

Didakwa akaun ‘dipadam’

Sebelum ini, Sanusi mendakwa akaun TikTok miliknya yang dikatakan sudah ‘dipadam’ masih lagi boleh diakses di luar negara.

Sanusi mendakwa sedemikian menerusi satu kenyataan ringkas di Facebook.

“Aik, ada siapa-siapa lagi yang dok luaq (luar) negara boleh access jugak akaun tu?” katanya dalam hantaran tersebut.

Difahamkan Sanusi berkata demikian susulan dakwaan seorang individu di ruangan komentar seperti dalam gambar tangkap layar yang dimuat naik bersama hantaran berkenaan.

Komentar individu itu mendakwa halangan (blok) akaun TikTok menteri besar tersebut dikatakan hanya ‘berkuat kuasa’ di Malaysia sahaja.

“Nampak macam akaun pertama (TikTok asal Sanusi) yang diblok cuma berkesan di Malaysia.

“Kami di Singapura masih boleh akses akaun pertama Datuk Seri (Sanusi),” dakwa individu itu.

Sumber: TikTok

The post Akaun TikTok Sanusi Kini Boleh Diakses appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*