Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling 

Buaya Albino syiling

Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling 

NEBRASKA — Seekor buaya jenis albino berusia 36 tahun berdepan nasib malang selepas terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan 70 keping syiling dari dalam perut, lapor BBC.

Buaya yang diberikan nama Thibodaux itu merupakan reptilia yang jarang ditemui dan merupakan salah seekor daripada 10 buaya yang ditempatkan di Zoo dan Akuarium Henry Doorly di Omaha, Nebraska.

Menurut pihak pengurusan, syiling berkenaan dikesan oleh doktor haiwan selepas melakukan pemeriksaan rutin terhadap reptilia yang mempunyai kulit putih lut sinar dengan mata biru.

Susulan itu, pihak zoo bertindak pantas dengan melakukan pembedahan pada Khamis bagi mengeluarkan kepingan logam itu kerana bimbang ia bakal memberikan kesan buruk kepadanya.

Operasi pembedahan buaya berwarna putih itu diketuai oleh doktor haiwan, Christina Ploog.

Gambar: Zoo dan Akuarium Henry Doorly Omaha

BACA: Menteri Hal Ehwal Agama Siasat Isu Eksploitasi Nasab Suci Nabi

“Dengan kepakaran, Thibodaux telah dibius dan diintubasikan untuk membolehkan kami menguruskannya dengan selamat sewaktu prosedur pembedahan.

“Sebuah paip plastik diletakkan untuk melindungi mulutnya dengan selamat dan satu alat seperti kamera khas dimasukkan bagi membantu mengeluarkan syiling itu,” kata Christina.

Menerusi sinar-X, pihak zoo mengesahkan bahawa kesemua 70 keping syiling itu telah berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Selepas menjalani pembedahan tersebut, Thibodaux dilaporkan kembali pulih.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Haiwan Zoo Nebraska,Taylor Yaw berkata prosedur pembedahan itu sangat jarang berlaku dan menyifatkan ia sangat ‘tidak biasa’.

Lempar Syiling Dalam Kandang

Difahamkan, syiling berkenaan dipercayai dimakan oleh Thibodaux sewaktu pengunjung melemparkan syiling ke dalam kandangnya.

BACA JUGA: Kenapa Binatang Sebesar Buaya Berenang Tidak Menghasilkan Riak Air yang Besar? Ini Jawapannya

Berikutan itu, pihak zoo telah menggesa pengunjung untuk tidak membuang ke dalam mana-mana kandang-kandang akuatik di zoo berkenaan.

Bagi menimbulkan tahap kesedaran kepada orang ramai, Christina dalam satu saluran berita tempatan memaklumkan syiling itu boleh membahayakan reptilia tersebut.

Tambahnya, objek itu bukan sahaja ditelan ke dalam perut, ia juga berisiko mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sumber: BBC

BACA JUGA: Confirm Selamat Dan Berkualiti, Nak Beli Buah Dan Sayur, “Check” Dulu Ada Logo Ni

The post Buaya Albino Terpaksa Jalani Pembedahan, Tertelan 70 Keping Syiling  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*