Tangkap Ikan “Rare”, Nelayan Jadi Jutawan Selepas Dijual RM1.16 Juta

nelayan ikan jutawan

Tangkap Ikan “Rare”, Nelayan Jadi Jutawan Selepas Jual RM1.16 Juta

Seorang nelayan di Karachi, Pakistan menjadi jutawan sekelip mata selepas membuka bidaan dan menjual ikan jarang ditemui yang ditangkapnya.

Menurut laporan NDTV, ikan berkenaan yang dikenali sebagai ikan sowa dalam kalanagn penduduk tempatan dikatakan mempunyai pelbagai khasiat yang mujarab untuk kesihatan.

Nelayan tersebut, Haji Baloch yang berasal dari perkampungan daif, Ibrahim Hyderi menangkap ikan tersebut bersama pekerjanya di Laut Arab, berdekatan Laut Hindi pada Isnin lepas.

Bertepatan dengan pepatah ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’, hasil tangkapan tersebut membawa hasil pulangan yang sangat lumayan.

“Seluruh hasil tangkapan berjaya dijual dengan harga kita-kira 70 juta Pakistan Rupee (RM1.16 juta) di pelabuhan Karachi pada pagi Jumaat.

“Tangkapan itu berjaya dijual dalam acara bidaan yang diadakan di pelabuhan pada hari tersebut,” kata Mubarak Khan daripada Forum Warga Nelayan Pakistan.

Ikan Sowa bernilai kerana memiliki sifat mujarab

Difahamkan, ikan Sowa dianggap sebagai ikan istimewa dan mempunyai harga yang sangat tinggi dalam pasaran.

Bahan daripada perut ikan ini didakwa mempunyai manfaat tersendiri dalam dunia perubatan dan baik untuk kesihatan manusia.

Selain itu, bahan yang berbentuk seakan-akan benang dari ikan ini turut digunakan dalam prosedur pembedahan.

Malah, ikan ini juga diguna sebagai salah satu bahan dalam rawatan tradisional dan masakan tempatan di kawasan tersebut.

“Semasa bidaan, seekor ikan Sowa terjual pada harga kira-kira 7 juta Pakistan Rupee (RM116,449),” kata Baloch.

Ikan sowa biasanya memliki berat antara 20 hingga 40 kilogram seekor dan mampu membesar sehingga 1.5 meter. Juadah ikan sowa adalah antara menu yang mendapat permintaan tinggi di negara-negara Asia Timur.

Menariknya, ikan ini hanya mendekati kawasan persisiran pantai sewaktu musim mengawan sahaja.

“Kami sedang menangkap ikan di kawasan terbuka di lautan berdekatan Karachi sebelum berjaya mengesan kehadiran ikan Sowa. Ia ibarat durian runtuh,” kata Baloch.

Dia turut memberitahu bahawa hasil jualan ikan tersebut akan diagihkan bersama tujuh orang pekerjanya.

BACA: Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je

Sumber: NDTV

The post Tangkap Ikan “Rare”, Nelayan Jadi Jutawan Selepas Dijual RM1.16 Juta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*