Cuaca Panas Sangat, Kasut Getah Anak Tertinggal Dalam Kereta Mengecut

kasut panas mengecut

Cuaca Panas Sangat, Kasut Getah Anak Tertinggal Dalam Kereta Mengecut

Ketika ini, beberapa kawasan di tanah air sedang dilanda cuaca panas yang menyaksikan banyak aktiviti luar harian penduduk di kawasan berkenaan sedikit terganggu.

Untuk pengetahuan pembaca, cuaca panas yang berlaku ketika ini adalah disebabkan oleh fasa akhir Monsun Timur Laut. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ia dijangka berterusan sehingga penghujung Mac tahun ini.

Di media sosial, ramai warga maya turut tampil berkongsi pelbagai pengalaman yang dilalui mereka pada musim panas hari ini.

Tertinggal kasut getah dalam kereta sewaktu cuaca panas

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi satu gambar yang menunjukkan kasut getah milik anaknya mengecut yang berpunca daripada cuaca semasa panas terik.

Kejadian berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @bubuhamham.

Menurut @bubuhamham yang tinggal di Langkawi, dia tidak sengaja meninggalkan kasut berkenaan di dalam kereta. Apabila dia menjenguk semula kasut berkenaan, dia terkejut apabila melihat sebelah kasut berkenaan yang diletakkan di atas papan pemuka kereta sudah mengecut.

Oleh kerana itu, dia kemudian mengambil keputusan untuk menjemur sebelah lagi kasut berkenaan supaya saiznya menjadi sama semula.

Bagaimanapun, kasut berkenaan sudah tidak lagi muat untuk dipakai anaknya dan akan diserahkan kepada kanak-kanak lain.

Dalam pada itu, @bubuhamham merasakan cuaca panas yang sedang melanda Langkawi adalah lebih panas berbanding yang dirasai di tempat-tempat lain.

Gambar berkenaan mendapat 300 ribu tontonan pengguna TikTok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita tersebut.

Dalam masa sama, ada juga yang berkongsi kisah mereka mengenai kasut getah mengecut apabila diletakkan di bawah cahaya matahari terik.

“Kak saya pergi kerja sebab tengah rush pakai lah kasut croc. Lupa nak letak dekat tempat kasut terbiar lama kat luar, dari size 8 jadi size 6,” komen seorang warga maya.

“Patutlah banyak seluar tak muat, ingatkan aku yang membesar rupanya seluar yang mengecut,” komen seorang lagi warga maya.

BACA: Bank Hadapi Masalah Teknikal, Pelanggan Dapat ‘Cucuk’ Duit Hingga RM189 Juta

Sumber: @bubuhamham via TikTok

The post Cuaca Panas Sangat, Kasut Getah Anak Tertinggal Dalam Kereta Mengecut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*