Polis Siasatan Kes Pemain Didakwa Serang Pengadil Kerana Tak Puas Hati Dengan Keputusan

Pemain bola sepak serang pengadil

Polis Siasatan Kes Pemain Didakwa Serang Pengadil Kerana Tak Puas Hati Dengan Keputusan

Polis dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan pergaduhan melibatkan pemain bola sepak dan pengadil, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan difahamkan berkalu semasa perlawanan akhir kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2023 dan menjadi tular di media sosial pada Ahad lalu.

Menurut Sinar Harian lagi, MALA melibatkan penyertaan 48 pasukan daripada seluruh negara.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata bahawa siasatan lanjut berkenaan insiden sedang dijalankan.

Siasatan dibuat selepas pihaknya telah menerima laporan mengenai insiden itu daripada pengadil yang terlibat.

“Difahamkan kekecohan itu dipercayai berlaku kerana rasa tidak berpuas hati terhadap keputusan perlawanan.

“Mangsa telah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung dan dia mengalami kecederaan tisu lembut,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Tambah Mohamed Nordin, susulan laporan yang diterima, kini pihaknya sedang giat mengenal pasti inidividu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya lagi, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, video berdurasi 30 saat yang memaparkan aksi seorang pengadil dikejar pemain tular di media sosial.

Dalam video tersebut, pengadil itu dilihat dikejar sehingga ke khemah pasukan sebelum berjaya ditenangkan oleh beberapa individu lain.

Kejohanan yang berakhir pada Ahad lalu itu telah menyaksikan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selaku tuan rumah menggondol Piala Menteri KPKT.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MPM itu telah menyasikan MPM menang dengan keputusan 1-0 menewaskan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Tak Puas Hati Dengan Keputusan Pengadil Dan Kalah, “Coach” Dan Pemain Kejar Pengadil

Terdahulu, sebuah video yang memaparkan aksi seorang jurulatih pasukan bola sepak tempatan mengejar pengadil perlawanan juga telah tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Bin Hassan berkata, kejadian tular itu dikatakan berlaku pada 14 September lalu kira-kira jam 6.55 petang di padang bola sepak Taman Dr Seenivasagam.

Kejadian berlaku semasa perlawanan Liga Bola sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Ipoh antara dua pasukan kelab bola sepak tempatan dalam perlawanan separuh akhir.

“Sekumpulan jurulatih dan pemain yang kalah dalam perlawanan bola sepak itu berasa tidak puas hati terhadap keputusan pengadil. Lalu mengejar pengadil-pengadil selepas perlawanan berakhir,” ujarnya.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sumber: Sinar Harian

The post Polis Siasatan Kes Pemain Didakwa Serang Pengadil Kerana Tak Puas Hati Dengan Keputusan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*