Al-Nassr Bukan Penamat, Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah – Rudi Garcia

Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah

Pengurus Al-Nassr, Rudi Garcia mendakwa karier penyerangnya Cristiano Ronaldo tidak akan tamat di Arab Saudi, sebaliknya pemain bintang itu akan kembali ke Eropah satu masa nanti, lapor Eurosport.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu meninggalkan Eropah pada penghujung tahun lepas selepas kontraknya ditamatkan lebih awal dengan Manchester United (MU) berikutan temu bual kontroversi yang melibatkan Red Devils dan pengurusnya, Erik Ten Hag.

Imbas kembali temu bual tersebut, Ronaldo berkata, “Orang ramai harus mendengar kebenaran. Ya, saya rasa dikhianati. Sesetengah orang tidak mahu saya berada di sini bukan sahaja tahun ini malah tahun lalu.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku. Sejak Sir Alex Ferguson (bekas jurulatih MU) pergi, saya tidak melihat lagi evolusi dalam kelab (Manchester United). Kemajuan adalah sifat.

“Saya tidak menghormati dia (Ten Hag) kerana dia tidak menunjukkan rasa hormat kepada saya. Jika anda tidak menghormati saya, saya tidak akan menghormati anda,” katanya.

Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah
Kredit: Metro UK

Menurut Eurosport, selepas gagal mendapatkan kelab lain di Eropah, Ronaldo dikaitkan dengan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan menandatangani perjanjian mega dengan kelab itu selepas Portugal tersingkir dari Piala Dunia.

Bekas pemain Sporting, Real Madrid dan Juventus itu telah bersetuju meletakkan dirinya dalam kontrak dua tahun dengan kelab itu (Al-Nassr) sehingga menyebabkan peminat bola sepak beranggapan kariernya dalam bola sepak akan tamat di situ.

Bagaimanpun, Garcia merasakan bahawa penyerang superstar berusia 37 tahun itu akan kembali ke Eropah untuk penampilan terakhirnya di atas padang satu masa nanti.

“Cristiano Ronaldo adalah tambahan positif kerana dia membantu dalam memecahkan benteng pemain pertahanan (lawan). Dia adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Dia tidak akan menamatkan kerjayanya di Al-Nassr, dia akan kembali ke Eropah,” maklum Garcia.

Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah
Kredit: Al Jazeera

Sebelum ini, Ronaldo telah bermain dalam perlawanan persahabatan menentang bintang Paris Saint-Germain (PSG), Lionel Messi disusuli penampilan sulungnya merebut Piala Super Saudi dengan kemenangan 1-0 menentang Al-Ettifaq.

Akan tetapi, impiannya lebur dalam perlawanan seterusnya apabila pasukannya tewas kepada Al-Ittihad dengan keputusan 1-3 yang berlangsung pada Khamis lalu.

Tidak hanya kalah, malah permainan Ronaldo telah dikritik berikutan dia terlepas peluang keemasan sebelum Al-Ittihad menjaringkan gol kedua mereka.

“Salah satu perkara yang mengubah perjalanan ialah peluang Cristiano yang terlepas pada separuh masa pertama,” kata Garcia.

Sumber: Eurosport

The post Al-Nassr Bukan Penamat, Ronaldo Akan Kembali Ke Eropah – Rudi Garcia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*