Alami Tourette Syndrome, Lewis Capaldi Terpaksa Batal Konsert

lewis capaldi tourette

Alami Tourette Syndrome, Lewis Capaldi Terpaksa Batal Konsert

Penyanyi Scotland, Lewis Capaldi telah membatalkan seluruh konsert jelajah yang akan datang termasuk pertunjukan di Singapura dan Korea Selatan susulan bergelut dengan sindrom Tourette.

Berita pembatalan itu dibuat selepas beliau mengalami kesukaran untuk membuat persembahan di Festival Glastonbury, United Kingdom (UK) pada Sabtu lalu.

Penyanyi berusia 26 tahun itu mengalami kesukaran untuk menyanyikan lagu hitnya, Someone You Loved semasa persembahan.

Perkara itu mendorong peminat yang hadir menyanyi bersama dan membantunya menghabiskan lirik lagu tersebut.

Dalam satu kenyataan di Twitter, Capaldi berkata beliau akan berehat daripada jelajahnya untuk masa hadapan yang dijangka.

Terima kasih kepada Glastonbury kerana membenarkan saya membuat persembahan, kerana menyanyi bersama semasa saya memerlukannya dan untuk semua mesej yang menakjubkan selepas (konsert) itu.

“Ia benar-benar bermakna buat saya.

Hakikat bahawa perkara ini mungkin tidak mengejutkan, tidak menjadikannya lebih mudah untuk menulis.

“Saya sangat menyesal untuk memaklumkan kepada anda bahawa saya akan berehat dari konsert jelajah,” tulisnya.

Capaldi berkata sebelum ini, beliau berasa selesa untuk membuat persembahan walaupun sedang menghadapi Tourette di atas pentas.

BACA: Taeyeon Umum Lokasi Konsert Jelajah, Ketepikan Malaysia Dalam Senarai Lokasi

Pun begitu, masa telah menetapkan bahawa beliau memerlukan rehat supaya dapat memberi perhatian penuh terhadap kesihatannya.

“Dahulu, saya sangat menikmati setiap detik konsert (bersama sindrom Tourette) seperti ini dan berharap tiga minggu lagi saya akan membiasakan diri.

“Tetapi sebenarnya saya masih belajar untuk menyesuaikan diri dengan sindrom Tourette.

“Pada Sabtu lalu, jelas menunjukkan bahasa saya perlu meluangkan lebih banyak masa kepada kesihatan mental dan fizikal, supaya saya boleh terus melakukan semua yang saya suka untuk masa yang akan datang.

Dalam pada itu, Capaldi juga memohon maaf kepada peminatnya yang merancang untuk datang ke konsertnya tahun ini, yang sebahagian jelajahnya ke Eropah, Australia, Asia, UK dan Timur Tengah.

“Saya perlu sihat untuk memberikan persembahan terbaik yang kamu semua layak terima.

“Saya akan kembali kepada anda semua secepat mungkin,” tambahnya.

Sumber: Lewis Capaldi/Twitter

BACA: Wanita Terkesima Gambar Lama Keluarga Di Wales 10 Tahun Lalu Ditemui Di Filipina

The post Alami Tourette Syndrome, Lewis Capaldi Terpaksa Batal Konsert appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*