Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

CEO Klook kongsi kisah

Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook

Aktiviti pelancongan merupakan salah satu aktiviti yang menjadi penyumbang utama kepada ekonomi sesebuah negara. 

Pelancongan pada masa ini juga dilihat sebagai prospek atau medium penting bagi memperkenalkan identiti atau ciri budaya sesuatu negara kepada dunia.

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman melancong yang tidak dapat dilupakan, pemilihan negara yang ingin dilawati juga sangat penting.

Kredit BERNAMA

Namun tidak semua pengalaman pelancongan boleh berakhir dengan kenangan manis, mungkin ada di kalangan pembaca yang mempunyai pengalaman yang tidak diingini terjadi semasa melancong. 

Sebagai contoh, mungkin terjadi masalah komunikasi, ditipu oleh agen pelancongan, masalah makanan halal bagi yang muslim dan macam-macam lagi. 

Namun begitu, di zaman yang serba canggih ini, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diatasi lagi. Ini kerana terdapat pelbagai aplikasi di telefon bimbit yang mampu memberikan informasi melebihi daripada apa yang pemandu pelancong boleh berikan.

Salah satu daripada aplikasi tersebut adalah Klook. Klook adalah merupakan sebuah aplikasi yang dapat membantu memudahkan dan memberikan pengalaman melancong yang menarik kepada pengguna. 

Bukan sahaja boleh menjadi tour guide maya anda, Klook ini juga turut menawarkan pelbagai promosi dan diskaun merangkumi pelbagai benda. Daripada hotel sehinggalah ke makanan atau restoran yang anda ingin pergi. Semuanya ada ditawarkan dengan diskaun yang menarik khas untuk pengguna.

Tapi sebelum itu, pernah tak anda terfikir bahawa bagaimanakah aplikasi Klook ini boleh tercipta. Dari manakah idea untuk memudahkan pengembara ini boleh muncul. Mesti pernah kan? 

SK diberi peluang ‘interview’ CEO Klook

Baru-baru ini, SK telah diberi peluang untuk menemu bual individu penting disebalik penubuhan Klook pada 2014 yang lalu. Individu tersebut ialah merupakan CEO Klook yang bernama Mr. Ethan Lin. 

Dalam temu bual bersama CEO merangkap Co-Founder Klook itu, Mr. Ethan Lin sempat berkongsi kisah di sebalik penubuhan syarikat pelancongan pilihan ramai itu. 

Menurut Mr. Ethan Lin, inspirasi utama kepada penubuhan syarikat ini adalah berdasarkan pengalamannya yang suka melancong ke negara asing.  

Kredit Klook

Beliau mula mendapat idea ini sewaktu melancong ke negara Nepal bersama kumpulannya. Pada waktu itu, beliau telah melalui pengalaman melancong yang tidak menarik dan berdepan dengan beberapa masalah. 

Antara masalah yang dihadapinya ialah tidak mendapat respon atau maklum balas daripada operator pelancongan berkenaan aktiviti yang mahu dijalankan. 

Selain itu, kumpulannya terpaksa membawa sejumlah wang tunai yang sangat banyak kerana agen atau operator pelancongan tidak menerima sebarang bayaran ‘online’. 

Justeru, dengan pengalaman tersebut, CEO Klook akhirnya mendapat satu idea dan menubuhkan syarikat itu bagi tujuan memberi pengalaman melancong yang menarik. 

Kini Klook menyokong penggunaan wang untuk hampir setiap pasaran tempatan termasuk 15 wang tempatan dan lebih 41 bahasa yang digunakan. 

Sebagai contoh, pengguna yang melancong di Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan servis pembayaran seperti TouchNGo dan FPX. 

Apa jenis tawaran yang ditawarkan kepada pengguna aplikasi Klook?

Apabila ditanya berkenaan tawaran perjalanan unik yang ditampilkan oleh aplikasi Klook, Mr Ethan berkata bahawa mereka memiliki beberapa tawaran yang menarik. 

Antara tawaran yang ditampilkan adalah, Klook Pass dan tawaran pilihan Stay+. 

Di mana Klook Pass, menawarkan gabungan supaya pelancong dapat meneroka destinasi mereka dengan melawat pelbagai tarikan menarik. Tawaran ini juga tersedia di bandar di seluruh dunia, termasuk Eropah dan Amerika Syarikat. 

Tawaran pilihan Stay+ pula adalah berkaitan dengan penyusunan pakej eksklusif untuk pengembara dengan menggabungkan pengalaman istimewa bersama. Ia termasuk tempahan penginapan hotel. 

Sebagai contoh, bagi konsert Taylor Swift pada tahun hadapan di Singapura, Klook merupakan Rakan Pengalaman Rasmi untuk Taylor Swift, The Eras Tour di Singapura. 

Kredit AFP, Twitter

Bagi mempromosikan pelancongan muzik, Klook memperkenalkan pakej tiket konsert yang mengandungi penginapan hotel, makan malam, dan pengalaman menarik. 

Ini akan menjadi pengalaman holistik yang menggabungkan keseronokan konsert bersama dengan pengalaman melihat budaya tempatan, mercu tanda ikonik dan aktiviti menarik lain. 

Apa yang dijangkakan oleh Klook di masa hadapan berkenaan perkembangan trend perjalanan? 

Menurut Mr Ethan, dalam melihat perkembangan trend perjalanan di masa hadapan, mereka mendapati peralihan dalam corak tempahan bergantung kepada pengaruh media sosial. 

Pelancong didapati melihat cara baharu untuk mencari hiburan dan inspirasi pelancongan menerusi penggunaan media sosial. 

Penemuan dalam talian adalah kunci utama kepada perubahan dengan TikTok menjadi enjin carian pilihan yang utama. 

Mereka mendapati bahawa lebih 50% pengguna yang menggunakan TikTok untuk membuat carian mendapati ia lebih berguna daripada enjin carian tradisional seperti Google. 

Kewujudan trend ini sekali gus membolehkan pengguna mencari perkara yang disukai oleh mereka sama dengan cita rasa yang diingininya. 

Selain itu, kemunculan Integrasi AI Generatif dan ChatGPT antara trend yang perlu dipandang serius oleh Klook dalam mengembangkan lagi capaian pengguna. 

Kini Klook mula meneroka lebih banyak tawaran yang dikuasakan oleh AI seperti bahan kandungan dan pembantu maya Klook iaitu Klook.AI. 

Penggunaan ciri baharu ini dapat membantu pengguna dan pelanggan menggunakan AI dalam memahami maklumat produk dengan lebih baik. Keupayaan ciri ini akan dikembangkan dalam masa terdekat. 

Bolehkah anda kongsikan trend atau pemerhatian menarik tentang pilihan perjalanan pengguna anda?

Menurut Mr Ethan, berdasarkan data yang dikumpul daripada aplikasi Klook, terdapat beberapa dapatan yang boleh dilihat berkaitan dengan pilihan perjalanan pengguna Klook. 

Yang pertama ialah, bagi kebanyakan pengguna rakyat Malaysia, purata tempoh tempahan yang  dibuat oleh pengguna adalah tujuh hari sebelum perjalanan. 

Ini bermakna, pelanggan Malaysia suka membuat tempahan dalam tempoh yang lebih dekat dengan tarikh perjalanan mereka berbanding dengan negara-negara lain. 

Kredit AFP

Bagi pelanggan negara Singapura purata menempah sebelum 14 hari perjalanan, Thailand 12 hari dan Indonesia 15 hari sebelum tarikh memulakan perjalanan. 

Pelanggan Malaysia juga pada masa ini lebih memfokuskan untuk melancong ke negara-negara jiran berikutan kejatuhan mata wang Ringgit. 

Kini perubahan pola perjalanan dapat dilihat telah berubah ke destinasi yang lebih dekat seperti Thailand dan Taiwan berbanding Eropah dan Asia Utara. 

Tiga tips pelancongan utama dalam mengatur perjalanannya

Sementara itu, apabila ditanya berkenaan tiga tips melancong yang sering dilakukan oleh Mr Ethan, beliau menjawab bahawa tips utama yang sering dibuat adalah bawa beg ringan. 

“Bawa bagasi ringan. Cara penyimpanan atau lipatan pakaian adalah penting. Gulungkan baju-t anda untuk jimatkan ruang dan cari pakaian universal (boleh digunakan sewaktu formal dan tidak formal),” kata Mr Ethan. 

Kredit Shutterstock

“Buat persiapan awal dan jangan suka last minute. Saya ada seorang kawan suka buat persiapan saat akhir dan dia lebih 10 kali tertinggal kapal terbang. Jangan buat persiapan saat akhir dan jangan terlalu awal ke lapangan terbang. 

“Dua tips yang pertama apa yang sering saya lakukan namun yang satu ini ialah berkaitan dengan pelancongan itu sendiri. Melancong adalah sesuatu yang menyeronokkan, terutamanya apabila dapat melihat budaya dan warisan negara luar. Ia bukanlah tips tetapi ia sesuatu yang sangat peribadi untuk saya,” tambah Mr Ethan. 

Cabaran yang pernah dihadapi oleh Klook?

Semasa ditanya berkenaan cabaran yang dihadapi oleh mereka sepanjang hampir 10 tahun dalam perkhidmatan ini, Mr Ethan berkata bahawa terdapat banyak cabaran yang mereka hadapi. 

Kredit Klook

Antaranya ialah, penutupan sempadan semasa Covid-19 dan bagaimana mahu membuktikan aplikasi ini mampu menerajui perkhidmatan dalam pelancongan. 

“Kami tempuhi pelbagai cabaran. Namun cabaran itu sentiasa ada. Setiap peringkat pasti ada cabarannya. Apabila sudah capai ke tahap yang lebih tinggi, anda harus tahu apa polisi yang harus anda utamakan dan tuju. 

“Waktu Covid, kami mendapat kosong maklum balas, malah kami terpaksa membayar semula duit tempahan daripada pelanggan kami. Cabaran utama di sini ialah bagaimana anda harus bertahan dalam tempoh itu,” cerita Ethan berkenaan cabaran yang Klook hadapi dalam perkhidmatan pelancongan ini. 

Destinasi pelancongan impian CEO Klook?

Dalam pada itu, SK juga sempat bertanya kepadanya apakah destinasi pelancongan impian yang mahu dilawatinya. 

Menurut Mr Ethan, melancong merupakan salah satu aktiviti yang sangat disukainya sehingga kini. 

Malah yang membuat SK tertarik ialah salah satu tempat impian yang mahu dilawatinya ialah Pulau Pinang. 

“Dari sudut tempat impian yang mahu dilawati, saya ada satu perasaan yang gemar melancong. Bagi negara Malaysia, saya mahu pergi ke Pulau Pinang. Bagi tempat yang lain, saya mahu pergi ke Amerika Latin dan Afrika,” kata Mr Ethan dengan bersemangat. 

Kata-kata semangat atau nasihat  yang boleh dikongsikan kepada pembaca?

SK juga sempat meminta kata-kata semangat atau nasihat yang boleh dikongsikan kepada pembaca dalam penulisan kali ini. 

Kredit Klook

Menurut Mr Ethan, apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menerima segala apa yang berada di sekitar anda. Apabila anda menerima segalanya, kehidupan anda akan lebih mudah. 

Yang seterusnya ialah sentiasa hadapi cabaran, ia hanya sementara dan lihat cabaran itu sebagai sesuatu yang indah.

The post Pernah Kena “Ignore” Dengan Operator, CEO Klook Kongsi Kisah Tercetusnya Idea Penubuhan Aplikasi Klook appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*