Alce Nero™ Memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) Bagi Menghasilkan Menu Organik Yang Kreatif Sempena Hari Ibu Bapa

Shah Alam, 28 Jun, 2023- Kecerdasan Buatan (AI) merevolusikan pelbagai aspek kehidupan kita. Bersempena sambutan Hari Ibu Bapa pada 23 Julai ini, Alce Nero memanfaatkan sebuah enjin carian dikuasai AI untuk mencadangkan tiga menu hidangan organik dan kreatif yang boleh disediakan oleh kanak-kanak kepada ibu bapa mereka hidangan istimewa dengan menggunakan rangkaian produknya.

Inisiatif berpacukan AI Alce Nero ini memperkasakan kanak-kanak untuk bertanggungjawab di dapur agar mereka lebih yakin dengan keupayaan diri, pada masa sama menyemai daya kreativiti yang ada dan bereksperimen.

Memasak adalah satu kemahiran hidup yang amat bernilai dan perlu dipelajari pada peringkat awal. Oleh itu, Hari Ibu Bapa adalah sambutan terbaik bagi kanak-kanak untuk menghadiahkan ibu bapa dan datuk serta nenek mereka satu hidangan yang mereka sediakan sendiri dengan bantuan kedua-dua ibu bapa mereka.

Konsep dari ladang ke meja Alce Nero adalah menerusi kerjasamanya dengan rangkaian kerjasama yang terjalin bersama petani organik, menyediakan hasil yang lebih sihat kerana ia ditanam tanpa penggunaan racun perosak atau bahan kimia sintetik, tidak mencemarkan alam sekitar dan tanpa organisma diubah suai genetiknya (GMO) bagi memenuhi standard pensijilan organik global.

Kesemua produk Alce Nero memaparkan Pensijilan Organik Eropah dan Pensijilan Organik Jepun. Rakyat Malaysia boleh menikmati produk Alce Nero dengan yakin kerana ia turut menerima pensijilan Halal daripada badan-badan pensijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.

Bersedia untuk menjamu selera dengan hidangan organik dikuasakan AI yang gah, enak dan mudah untuk disediakan oleh kanak-kanak untuk ibu bapa atau datuk serta nenek mereka? Kini tibalah masa untuk menambah AI kepada “Saya Sayang Awak” dan “我爱你” (Saya sayang awak dalam Mandarin) pada Hari Ibu Bapa ini bersama produk organik Alce Nero.

Produk-produk yang terlibat adalah Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Whole Wheat Spaghetti), Sos Pasta Organik Alce Nero bersama sayur-sayuran (Alce Nero Organic Pasta Sauce with Vegetables), Cuka Epal Organik Alce Nero (Alce Nero Organic Unfiltered Apple Cider Vinegar), Madu Bunga Liar Alce Nero(Alce Nero Organic Wildflower Honey) dan Minyak Zaitun Extra Virgin Alce Nero (Alce Nero Organic Extra Virgin Olive Oil).

Minuman: Sparkling Apple Cider Mocktail

Kanak-kanak boleh menyediakan minuman yang cantik dan menyihatkan ini dalam masa beberapa minit sahaja. Hiris sebiji oren, limau nipis dan limau gedang. Letakkan setiap hirisan buah tersebut ke dalam gelas. Tuangkan satu sudu teh Cuka Epal Organik Alce Nero dan satu sudu teh Madu Bunga Liar Alce Nero di atas susunan hirisan buah tersebut. Kemudian, masukkan air sparkling atau berkarbonat sejuk dan hias dengan setangkai daun rosemary. Nikmati minuman ini segera.

Tempoh penyediaan: 10 minit, sajian: 3-4 orang

Hidangan pembuka selera: Saucy Rainbow Crostini

Hidangan bersos ini bukan sahaja menarik perhatian tetapi juga enak dan mudah disediakan.

Potong sebuku roti baguette secara menyerong dengan ketebalan antara 1 hingga 2 cm – Potongan yang lebih nipis adalah lebih ranggup, manakala kepingan besar akan lebih mengenyangkan. Gunakan roti biasa sekiranya anda tidak mempunyai baguette, namun ia tidak akan menjadi seranggup baguette.

Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Alaskan loyang membakar dengan kertas baking. Berus Minyak Zaitun Extra Virgin Alce Nero di kedua-dua belah roti. Taburkan bawang putih yang telah dicincang di setiap kepingan roti. Bakar roti di dalam ketuhar selama 7 minit di setiap belah. Keluarkan daripada ketuhar.

Bagi asas sos hidangan ini, campuran Sos Pasta Organik Alce Nero bersama sayur-sayuran bersama 1 hingga 2 sudu teh Cuka Epal Organik Alce Nero. Lumurkan sos tersebut pada setiap kepingan roti yang telah dibakar. Tambahkan parutan keju dan letakkan setiap kepingan dengan Jagung Manis Ayam Brand, Kacang Pea Ayam Brand, hirisan buah zaitun hitam dan tomato ceri. Sebagai penamat, sekali lagi taburkan keju yang telah diparut.

Naikkan suhu ketuhar ke 220C pada tetapan grill atau panggang. Masukkan loyang tadi ke dalam ketuhar dan bakar selama 5 hingga 7 minit atau sehingga keju cair.

Sebagai hiasan, taburkan sedikit daun basil. Nikmati Saucy Rainbow Crostini yang sihat, berwarna-warni, ranggup dan enak ini bersama insan tersayang.

Tempoh penyediaan: 10 minit, tempoh memasak: 25 minit, sajian: 3-4 orang

Hidangan utama: Meatballs in Spaghetti Nests

Hidangan ini amat comel! Tambahkan sebiji besar bebola daging untuk setiap ahli keluarga ke bahagian sarang yang diperbuat daripada spageti bagi menyediakan hidangan utama penuh simbolik dan bermakna ini.

Sediakan bebola daging dengan menggaul bawang yang telah dicincang, lada hitam, tepung jagung, garam dan daging cincang pilihan anda (kami menggunakan ayam) dan kemudiannya dibentuk kepada bebola. Salutnya dengan serbuk roti. Bakar bebola pada suhu 180C selama 25 hingga 30 minit.

Sementara menunggu, sediakan Spageti Gandum Penuh Organik Alce Nero dengan mengikut arahan pada pek. Apabila masak, tapis air keluar dan biarkan pasta tersebut sejuk. Seburkan minyak pada sebuah mangkuk tahan ketuhar. Tambahkan keju parut pada spaghetti yang telah dimasak, tos sehingga sempurna. Asingkan.

Campurkan Sos Pasta Organik Alce Nero bersama sayur-sayuran dengan Kacang Panggang Ayam Brand. Tuangkan campuran itu di bahagian tengah sarang spageti dan kemudian susun bebola daging yang tersedia di atasnya. Taburkan sedikit keju jika mahu. Biarkan hidangan sejuk sedikit. Hiaskan bebola daging untuk membentuk seumpama muka burung. Taburkan daun basil sebagai hiasan sebelum dihidang.

Tempoh penyediaan: 15 minit, masa memasak: 45 minit, sajian: 3-4 pax

Ketersediaan

Produk Alce Nero™ boleh didapati di rangkaian AEON, Ben’s, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer, TF Value dan menerusi Ayam Brand Official Store di Shopee dan Ayam Brand Official Store di Lazada.

Untuk mendapatkan resipi-resipi yang menjimatkan masa dan tenaga serta menyelerakan, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook.

The post Alce Nero™ Memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) Bagi Menghasilkan Menu Organik Yang Kreatif Sempena Hari Ibu Bapa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*