Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Kondominium

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 10

Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Kondominium

LABUAN, 4 Julai (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium awal pagi ini.

Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat satu oleh penduduk kondominium berkenaan.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai terjatuh kira-kira 5.28 pagi dan kematiannya disahkan oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian pada 7.42 pagi.

Katanya siasatan awal mendapati kejadian tidak melibatkan unsur jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Sumber: BERNAMA

The post Kanak-Kanak Maut Jatuh Dari Tingkat 10 Kondominium appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*