Dua mangsa kereta jatuh sungai timbul di Sungai Lebaan

SIBU – Satu mayat yang dijumpai di Sungai Lebaan petang semalam disahkan Philip Yiin Chun Leong, salah seorang daripada mangsa yang terperangkap dalam sebuah kereta yang jatuh ke dalam sungai di Jeti Pengkalan Feri Tanjung Kunyit di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mayat lelaki berusia 61 tahun itu dikenal pasti anaknya, selepas dijumpai orang awam pada pukul 6.10 petang.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat seorang lagi wanita berusia 40-an dijumpai kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Sementara itu, katanya operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari ketiga turut berjaya menaikkan kereta mangsa menggunakan kren kapal Reverbank Rainbow.

Dalam kejadian pukul 7.11 pagi Sabtu lalu, dua mangsa terperangkap manakala seorang lelaki berusia 38 tahun Selamat selepas kereta Toyota Camry dinaiki mereka terjatuh ke dalam sungai di Jeti Pengkalan Feri Tanjung Kunyit. – KOSMO! ONLINE

The post Dua mangsa kereta jatuh sungai timbul di Sungai Lebaan appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*