Aliff Hadi: Kisah ‘Sharpshooter’ Mencari Kebenaran Selepas Dituduh Bunuh Keluarga Sendiri

Aliff Hadi: Kisah ‘Sharpshooter’ Mencari Kebenaran Selepas Dituduh Bunuh Keluarga Sendiri

Cuba bayangkan bagaimana rasanya bila mengetahui ahli keluarga yang menjadi tulang belakang dibunuh tanpa belas kasihan?

Tekad mencari kebenaran, dia memulakan misi untuk mencari dalangnya. Lebih tak masuk akal, misinya itu hingga melibatkan dua dunia yang berbeza.

Kisah hidup Aliff Hadi, seorang penembak tepat yang mencari dalang pembunuhan keluarganya menjadi topik sensasi para peminat K-Drama, W: Two Worlds.

Versi adaptasi arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini merupakan salah satu series popular yang disiarkan menerusi platform penstriman video, Viu yang telah ditayangkan pada November lalu.

W: Two Worlds

Aliff Hadi Bunuh Keluarga

Series ini mengetengahkan pelbagai kejadian aneh yang menimpa Aliff hingga mengancam nyawanya.

Lebih pelik, setiap kejadian yang menimpa menjadi tanya bahkan pihak polis juga “pening” dan tak mampu membongkarkan apa sebenarnya yang berlaku.

Keadaan bertambah aneh apabila Aliff secara kebetulan bertemu dengan seorang doktor pelatih wanita, Izara yang menyelamatkannya daripada ajal bukan sekali, tetapi dua kali.

“Kejap ada, kejap hilang.. Macam time traveller pun ada lagi-lagi butiran rekod juga tiada”

Perkara itu membuatkanya terhutang budi Izara dan perasaan mula berputik di sudut hatinya. Dalam masa yang sama hairan wanita itu seakan-akan mengetahui nyawanya berada dalam bahaya.

Keadaan mula berubah apabila Aliff mengetahui bahawa dunianya hanyalah sebuah rekaan komik.

“Apa yang anda akan lakukan kalau dapat tahu hidup anda sekarang cuma rekaan sahaja dan ditentukan oleh orang sesuka hati”

Aliff Hadi Bunuh Keluarga

Bermula dari itu, Aliff merentasi ke dunia sebenar sehingga bertemu dengan penciptanya, Omar Yusuf (ayah Izara) yang menjadi dalang di sebalik kisah hidupnya di dalam komik.

Walau bagaimanapun, pertemuan kedua-dua mereka membawa kepada pergaduhan akibat perselisihan faham.

Plot semakin ‘panas’ apabila portal yang digunakan Aliff juga membawa pembunuh (watak yang dicipta oleh Omar Yusuf) merentasi ke dunia sebenar.

Jadi, dapatkah Aliff menyelesaikan semua masalah yang berlaku? Apa yang akan terjadi pada Aliff dan Izara selepas ini?

Tak sabar nak tahu apa bakal terjadi selepas ini. Jom tonton series W: Two Worlds ini di Viu dan bagi siapa yang belum mula tonton, boleh binge watch episode yang ada sebelum menantikan 2 episod terakhir pada 4 Januari ini.

Korang juga boleh layari laman Viu untuk pelbagai lagi series dan rancangan menarik.

The post Aliff Hadi: Kisah ‘Sharpshooter’ Mencari Kebenaran Selepas Dituduh Bunuh Keluarga Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*