HUAWEI Lancar Nova 12 Series, Band 9 Terbaharu

huawei nova 12

HUAWEI Lancar Nova 12 Series, Band 9 Terbaharu

HUAWEI melancarkan nova 12 series yang menggabungkan teknologi termaju dengan gaya yang tiada tandingan dan direka khas untuk semua terutamanya golongan muda.

Direka untuk memenuhi piawaian pengguna muda, nova 12 series mempunyai tiga varian iaitu nova 12s (RM1,999), nova 12SE (1,499) dan nova 12i (1,299) menerusi pilihan warna black, white, blue dan green.

“Siri ini memperkenalkan perspektif baharu tentang reka bentuk, dengan nova 12SE menampilkan reka bentuk cincin orbit bintang super yang ikonik, melambangkan gabungan harmoni teknologi dan seni.

“Nova premium 12s mempunyai skrin ultra-nipis, tepi ratanya berukuran hanya 6.88mm, menawarkan pengalaman visual yang mengasyikkan tanpa mengorbankan keselesaan atau gaya,” memetik kenyataan itu.

Ia juga menampilkan kamera swafoto resolusi ultra tinggi 60MP yang memberikan hasil kejelasan dan perincian yang menakjubkan, menjadikannya alat yang sempurna untuk merakam detik-detik spontan kehidupan.

Sementara itu, nova 12SE menonjol dengan kamera resolusi tinggi 108MP, memastikan tangkapan ultra-jelas dan menakjubkan sama ada landskap yang tenang atau pemandangan bandar yang sibuk.

HUAWEI turut melancarkan Band 9, yang selesa dipakai sepanjang hari selain membantu pengurusan waktu tidur dan jangka hayat bateri yang tahan sehingga dua minggu.

Pembelian secara prapesanan untuk Band 9 boleh dibuat bermula 25 March sehingga 3 April ini dengan harga bermula RM219.

Semua ciri hebat ini dalam satu peranti boleh menjadi milik anda apabila pelanggan membuat prapesanan nova 12s dengan harga bermula RM1,999 dan nova 12SE pada harga RM1,499 bermula 25 March sehingga 5 April 2024.

Orang ramai berpeluang untuk memenangi hadiah percuma bernilai sehingga RM988 apabila membuat prapesanan melalui HUAWEI laman web rasmi, di Shopee atau Lazada.

The post HUAWEI Lancar Nova 12 Series, Band 9 Terbaharu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*