Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Semakin Sesak Petang Ini

trafik lebuh raya utama sesak petang

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Semakin Sesak Petang Ini

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dan bergerak perlahan petang ini berikutan warga kota sudah kembali bekerja selepas cuti panjang sempena perayaan Krismas.

Setakat 5 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata kesesakan dilaporkan berlaku selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

“Sementara di Plaza Tol Jalan Duta, trafik perlahan menghala ke utara dan di Plaza Tol Sungai Besi keadaan trafik perlahan di kedua-dua arah susulan pertambahan kenderaan,” katanya kepada Bernama.

Kemas kini PLUS menerusi laman X rasminya pula memaklumkan terdapat treler rosak di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di kilometer (KM) 31.4 arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Putrajaya dengan lorong kiri terhalang.

Trafik juga perlahan arah utara dari Pedas/Linggi ke Port Dickson (U) serta dari Slim River ke Sungkai.

Sementara itu, trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) perlahan dan sesak sepanjang satu kilometer sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur.

BACA: Menarik, Lelaki Buta Sejak Lahir Kongsi Gambaran Warna Yang Difahaminya

Sumber: Bernama

The post Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Semakin Sesak Petang Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*