Ketahui Maksud Disebalik Nama, Warna, Bentuk Dan Nama Pada Jalur Gemilang

maksud disebalik jalur gemilang

Ketahui Maksud Disebalik Nama, Warna, Bentuk Dan Nama Pada Jalur Gemilang

Kita sudah sedia maklum bahawa pada Khamis ini, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 dengan tema Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Kredit: Ecentral

Setiap tahun, Hari Kemerdekaan disambut bagi memperingati tarikh kemerdekaan dan perjuangan pejuang-pejuang tanah air memerdekakan negara ini daripada belenggu penjajahan. Selain itu, ia juga bagi memupuk semangat kemerdekaan dan mempupuk sifat patriotisme dalam diri rakyat Malaysia.

Sepanjang Ogos iaitu bulan kemerdekaan, Jalur Gemilang dinaikan di serata tempat bertujuan untuk memeriahkan sambutan menjelang tarikh 31 Ogos.

Bendera Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur yang berwarna merah dan putih yang diletakkan secara selang-seli. Kemudian di sudut kiri, ia mempunyai lambang anak bulan atau bulan sabit dan bintang yang mempunyai 14 penjuru.

Sehingga kini, boleh dilihat Jalur Gemilang menghiasi setiap bangunan awam dan swasta, menunjukkan semangat kecintaan pada negara. Artikel SK pada kali ini akan menerangkan tentang maksud warna dan lambang yang ada pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang.

Kelahiran Jalur Gemilang

Penciptaan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan yang diadakan pada Mei 1948.

Menurut Kerajaan Malaysia, pertandingan tersebut disertai oleh 373 karyawan dan melalui proses pemilihan serta pertimbangan.

Pada 15 November 1949,  hanya tiga rekaan berjaya melangkah ke peringkat akhir. Keputusan telah menetapkan bahawa reka bentuk yang dilakukan oleh arkitek jabatan kerja raya, Mohamed bin Hamzah telah dipilih sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Reka bentuk berkenaan mendapat majoriti dan perkenaan Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Walau bagaimanapun, beberapa perubahan telah dibuat ke atas rekaan asal bendera berkenaan.

Reka bentuk Mohamed pada asalnya meletakkan warna bulan sabit dan bintang warna putih namun ia telah ditukar kepada warna kuning, yang melambangkan warna diraja.

Beberapa bulan selepas itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu hasil ciptaan Mohamed telah dikibarkan buat pertama kali di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur pada 26 Mei 1950.

Sebelum dinamakan sebagai Jalur Gemilang, reka bentuk itu dikenali Bendera Malaysia sehingga 1950 dan pada hari kemerdekaan ke-40 pada tahun 1997, namanya telah diubah di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu.

Kemudian, pengisytiharan itu dilakukan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena Hari Kemerdekaan ke-40 pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 malam.

BACA: Ramai Tak Tahu Selain Malaysia, Ini Negara-negara Lain Yang Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Maksud disebalik Jalur Gemilang

Kredit: BERNAMA

Setiap perkara di muka bumi ini mempunyai makna disebaliknya, sama seperti bendera Jalur Gemilang. Jadi mari ketahuinya di bawah ini.

1. Jalur

i. Menggambarkan bendera yang mempunyai 14 jalur merah dan putih.

ii. Lambang jalur pada bendera menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.

2. Gemilang

i. Bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.

ii. Ia memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara.

iii. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Maksud warna Jalur Gemilang

Perincian warna yang digunakan pada bendera kebanggaan rakyat Malaysia.

i. Biru

Lambang perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain.

ii. Merah

Menunjukkan keberanian dan kesediaan dalam mengharungi segala jenis cabaran demi negara yang tercinta.

iii. Putih

Menjadi lambang kesucian serta keluhuran hati masyarakat.

iv. Kuning

Warna Di Raja yang khusus melambangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan.

Maksud lambang pada Jalur Gemilang

Kredit: BERNAMA

Maksud lambang yang digunakan pada reka bentuk Jalur Gemilang.

i. Bulan dan Bintang

Menunjukkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara.

ii. Bintang Pecah 14

Menggambarkan perpaduan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan.

iii. 14 Jalur

14 Jalur menunjukkan 13 buah negeri dan satu wilayah persekutuan sebagai anggota di bawah kerajaan Persekutuan Malaysia.

maksud jalur gemilang
Kredit: irujukan

Sumber: Kerajaan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri 

The post Ketahui Maksud Disebalik Nama, Warna, Bentuk Dan Nama Pada Jalur Gemilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*