KFC Perkenal Hot Teh Tarik Dirumus Khas Daripada Resipi Istimewa

KUALA LUMPUR, 24 MAC 2023 – Minuman kegemaran rakyat Malaysia kini boleh didapati di jenama  ayam goreng kegemaran rakyat Malaysia – KFC, yang pasti lebih oomph untuk dinikmati bersama setiap  juadah anda! Pasti tertarik, KFC Hot Teh Tarik baharu ini diformulasi dengan resipi istimewa KFC yang  membuatnya lemak berkrim, lebih berbuih, dan lebih enak! 

“Teh Tarik merupakan minuman versatil yang tidak pernah mengecewakan dan sesuai dijadikan sebagai pelengkap apa jua hidangan. Sama ada dinikmati bersama makanan mengenyangkan atau secara on-the go, KFC Hot Teh Tarik BAHARU kami yang bertekstur ringan namun tetap ‘kaw’ pasti membuatkan hari  anda lebih bersemengat! Kami cadangkan anda menikmatinya bersama hidangan sarapan terutamanya  bersama Nasi Lemak KFC untuk hidangan tradisional Malaysia yang sedap hingga menjilat jari,” kata Chan  May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.  

KFC Hot Teh Tarik boleh didapati sepanjang hari di restoran KFC seluruh negara bermula RM4.20.  Bagaikan pinang dibelah dua, ianya juga boleh didapati secara set dengan Nasi Lemak KFC – digandingkan untuk mulakan pagi anda dengan hidangan yang memuaskan! 

Dapatkan sekarang melalui khidmat makan-di-restoran dan pandu lalu! Untuk maklumat lanjut, layari  www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC.

The post KFC Perkenal Hot Teh Tarik Dirumus Khas Daripada Resipi Istimewa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*