Amaran ribut petir di 3 negeri petang ini

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tiga negeri sehingga pukul 2 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, negeri-negeri terlibat adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Selangor meliputi Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang manakala keseluruhan kawasan bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan, hanya Port Dickson yang terlibat,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

The post Amaran ribut petir di 3 negeri petang ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*