Amazon Bakal Pecat Lebih 18,000 Pekerja Bermula Bulan Ini

Amazon Bakal Pecat Lebih 18,000 Pekerja Bermula Bulan Ini

Amazon menyasarkan untuk memberhentikan lebih daripada 18,000 pekerjanya sebagai sebahagian daripada perubahan perniagaan, kata bos kepada syarikat gergasi teknologi itu.

Ketua Eksekutif, Andy Jassy berkata bahawa pekerja yang terjejas akan dimaklumkan mulai 18 Januari ini menerusi sebuah kenyataan kepada kakitangan syarikat itu.

Menurut laporan BBC, Pemberhentian pekerja itu berjumlah kira-kira 6% daripada kira-kira 300,000 pekerja yang berkerja di syarikat gergasi tersebut pada ketika ini.

Pada Disember lalu, Amazon berkata mereka telah memulakan proses pemberhentian tetapi tidak memaklumkan jumlah angka yang terlibat dalam proses pemberhentian tersebut.

“Kami sedang berusaha untuk memberi sokongan kepada mereka yang terjeas dan menyediakan pakej yang termasuk bayaran pengasingan, faedah insurans kesihatan peralihan dan sokongan penempatan pekerjaan luar,” kata Andy Jassy.

“Amazon telah mengharungi keadaan ekonomi yang tidak menentu dan sukar pada masa lalu, dan kami akan terus melakukannya,” tambah Andy lagi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Dua bulan lalu, firma itu berkata ia akan memberi tumpuan kepada mengurangkan perbelanjaan dalam kajian tahunan operasi perniagaannya.

Amazon telah pun memperkenalkan pembekuan pengambilan pekerja dan menghentikan beberapa projek pembesaran gudangnya.

Perkara itu telah memberi amaran bahawa pengambilan pekerja secara berlebihan semasa pandemik telah memberi kesan kepada operasi perniagaan syarikat tersebut.

Syarikat itu juga telah mengambil langkah untuk menutup beberapa bahagian perniagaannya dan membatalkan beberapa projek seperti robot penghantaran peribadi.

Sumber: BBC

The post Amazon Bakal Pecat Lebih 18,000 Pekerja Bermula Bulan Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*