Tambang Cuma RM151 Dari Malaysia, Wanita Tips Bercuti Ke Pulau Bintan Naik Feri

Tambang Cuma RM151 Dari Malaysia, Wanita Tips Bercuti Ke Pulau Bintan Naik Feri

Setiap orang pastinya mempunyai keinginan untuk bercuti ke luar negara sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Apabila sudah memilih destinasi yang ingin dituju, perkara utama yang perlu dilakukan sudah semestinya itinerari percutian dan kos perbelanjaan.

Ada yang memilih untuk bercuti di bandar dan ada juga yang memilih percutian di pulau yang menyajikan pemandangan laut yang tenang dan mendamaikan.

Kita sedia maklum bahawa Indonesia merupakan negara yang mempunyai pulau yang paling banyak di dunia.

Lebih-lebih lagi kawasan yang mempunyai alam semulajadi dan laut yang biru seperti Pulau Bintan.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Sakinah berkongsikan pengalamannya bercuti bersama keluarga ke Pulau Bintan di Indonesia hanya dengan menaiki feri di laman TikTok House Genius.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga ia turut dikongsikan di laman Twitter oleh @TikTokBerguna.

Sakinah berkata bahawa perjalanannya itu memakan masa selama tiga jam sahaja untuk sampai dari Johor Bahru ke Pulau Bintan dengan menaiki feri.

Cara ke Pulau Bintan menaiki feri

Untuk ke pulau tersebut, anda perlu membeli tiket dari Stulang Laut ke Tanjung Pinang yang berharga RM151 sehala secara dalam talian di laman rasmi Berjaya Waterfront.

Harga tiket tersebut sudah termasuk sekali dengan insurans.

Hanya ada satu sahaja masa untuk ke Tanjung Pinang iaitu pada pukul 3.00 petang.

Gambar: TikTok housegeniusofficial

Bagi individu yang membawa kereta, anda boleh meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan dengan bayaran RM5 sehari.

Para penumpang akan dibenarkan untuk masuk ke dalam feri bermula 2.30 petang, selepas pergi ke pemeriksaan imigresen.

Kemudahan yang disediakan di dalam feri itu sangat selesa dan juga sejuk. Jangan lupa untuk bawa snek ataupun maggi cup sementara menunggu untuk sampai ke destinasi.

Semasa di dalam feri, para penumpang dikehendaki untuk mengisi satu borang maklumat pengesahan vaksin.

Selepas sampai ke Tanjung Balai pada pukul 6.00 petang, Sakinah sekeluarga terus menuju ke tempat penginapan hanya lima minit dari jeti.

Harga untuk menginap di Hotel Nite & Day ialah RM132 untuk satu malam, termasuk sarapan pagi.

Hati-hati dengan ulat tiket

Dalam video tersebut, Sakinah juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan ulat tiket dan menyarankan agar menggunakan aplikasi Gojek atau Go Car untuk ke mana-mana di sekitar kawasan berkenaan.

Makanan yang sedap

Dalam pada itu, Sakinah turut berkesempatan untuk menjamu selera di tempat yang sudah lama diidamkan iaitu di Restoran Ayam Taliwang berharga 150,000 rupiah (RM42) dan sate padang yang berharga 14,000 rupiah (RM4).

Manakala makanan untuk sarapan pagi yang disediakan di hotel itu juga beraneka menu dan sangat sedap.

@housegeniusofficial

3 jam je pergi Indonesia naik ferry! Best experience ever ⛴ #pulaubintan #indonesia #ferry #johorbharu #jb #traveltiktok

♬ Dreamers [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Jung Kook & BTS

Tempat menarik di Pulau Bintan

Untuk ke Pulau Bintan, Sakinah telah menyewa pemandu dari Tanjung Pinang ke Pulau Bintan  berharga 400,000 rupiah (RM114), perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Beliau sekeluarga menginap di Pulau Indah Villa selama dua malam, harga untuk satu malam ialah 3.5 juta rupiah (RM987) termasuk sarapan pagi.

Lebih menarik lagi, pemandangan di vila tersebut sangat cantik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tab mandi, kolam renang dan sebagainya.

Bagaimanapun, sekiranya ingin menginap di hotel yang murah, beliau menyarankan untuk menginap di Grand Lagoi yang berharga sekitar RM300 untuk satu malam.

Sakinah berkata bahawa Pulau Bintan ini terkenal dengan Crystal Blue Lagoon, kolam renang yang terpanjang di Asia yang terletak di Treasure Bay.

Harga tiket untuk masuk ke dalam hanyalah 124,000 rupiah (RM35) sahaja, tetapi sekiranya berminat untuk bermain aktiviti air, perlu tambah 184,000 rupiah (RM20) untuk pakej kayak, slip & slide dan bull ride.

Kemudian, Sakinah berkunjung ke Gurun Pasir dan Danau Biru Kawal, tempat yang sangat sesuai bagi mereka yang instagramable.

Tiket untuk ke lokasi ini berharga RM14, sekiranya bernasib baik pengunjung akan berpeluang untuk melihat burung helang dengan lebih dekat.

@housegeniusofficial

Replying to @Zakiah Binti Abdul R Pulau Bintan ni sangat sangat cantik, sesuai utk org yang nak rehat sambil healing gitu. Banyak hidden gem & makanan yang sedap bethol 😭🇮🇩❤ #pulauindah #bintanisland #indonesia #ferry #johorbharu

♬ Buah Hati – Armada

Sediakan wang tunai yang cukup

Sakinah juga menasihatkan orang ramai supaya menyediakan wang tunai yang lebih kerana harga makanan dan barangan di Pulau Bintan ini sedikit mahal berbanding Batam dan Tanjung Pinang.

Penukaraan wang tunai pula boleh dibuat di Tanjung Pinang kerana nilainya lebih kadar pertukaran wang lebih baik.

Cara untuk balik ke Malaysia

Menurut Sakinah, terdapat dua kaedah untuk pulang balik ke Malaysia. Yang pertama ialah masuk ke Singapura dan ambil teksi untuk pulang ke Johor Bahru.

Yang kedua pula ialah menaiki bot laju dan feri dari Telaga Punggur> Tanjung Umban> Batam Center> Johor Bahru.

Gambar: TikTok housegeniusofficial

Jumlah kos berbelanjaan selama 4H3M di Tanjung Pinang dan Pulau Bintan ini adalah sebanyak RM3,800 termasuk pengangkutan, makan dan minum, hotel penginapan serta membeli belah.

@housegeniusofficial

Replying to @haryani total spend dalam RM3.8K, boleh kurang lagi dari segi penginapan. Kalau tgk total kos makan murah je 😂👍 semoga korang sampai dengan selamat ke Pulau Bintan ✨ #bintanisland #lagoi #traveltiktok

♬ at my worst – FOMY

Sumber: Housegeniusofficial

The post Tambang Cuma RM151 Dari Malaysia, Wanita Tips Bercuti Ke Pulau Bintan Naik Feri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*