Tanah Mendap: ANIH Aktifkan Laluan Kontra Ke Kuala Lumpur

tanah mendap laluan kontra kuala lumpur

Tanah Mendap: ANIH Aktifkan Laluan Kontra Ke Kuala Lumpur

KUANTAN, 27 Julai (Bernama) — Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.

ANIH Berhad menerusi akaun media sosialnya memaklumkan laluan itu diaktifkan bermula Kilometer (KM) 65.9 hingga KM67.9, bagi pengguna yang menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Pengguna diminta berhati-hati dan patuhi had laju serta arahan petugas di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, sebahagian laluan KLK itu ditutup di kedua-dua arah ekoran kejadian tanah mendap di KM66.1 pada malam Selasa, dipercayai akibat kerja pembinaan berkaitan laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bagaimanapun, laluan ke Kuantan telah dibuka semula lewat malam tadi, manakala laluan ke Kuala Lumpur masih dilencongkan di persimpangan Bentong Timur sebelum keluar di persimpangan Bentong Barat.

Sementara itu, pemilik Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dalam kenyataan menegaskan tiada tanda-tanda tekanan atau keruntuhan struktur terowong ECRL yang terletak di bawah KM61 KLK.

“Kami ingin menegaskan secara khusus bahawa Terowong Bentong 2 masih utuh walaupun berlaku insiden tanah mendap.

“Selain itu kami ingin menjelaskan bahawa tanah mendap di kawasan muka terowong yang berlaku pada petang Selasa, adalah kejadian terpencil dan sejak itu telah diperbetulkan,” menurut kenyataan itu.

MRL berkata terowong itu selamat dari segi struktur untuk kerja-kerja pembinaan disambung semula dan mereka akan terus mengutamakan kesedaran keselamatan dan mengenal pasti potensi bahaya di tapak kerja.

MRL dengan kerjasama kontraktor kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) CCC-ECRL untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan terperinci, dengan penemuan dan cadangan, jika ada, akan diberikan.

BACA: Ibu Bapa Bimbang Silibus Sekolah Terlalu Sukar, Hantaran FB Ini Tarik Perhatian Maszlee Malik

Sumber: Bernama

The post Tanah Mendap: ANIH Aktifkan Laluan Kontra Ke Kuala Lumpur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*