Ambil Masa Sampai Setahun, Macam Ini Rupanya Rawatan Tanam Rambut Dibuat

Kaedah tanam rambut

Ambil Masa Sampai Setahun, Macam Ini Rupanya Rawatan Tanam Rambut Dibuat

Berdepan masalah rambut seperti keguguran atau kebotakan merupakan satu pengalaman yang boleh membuatkan ramai orang menjadi trauma.

Mana tidaknya, rambut boleh dianggap sebagai mahkota dan antara bahagian diri pertama yang dilihat seseorang.

Jadi, tak hairanlah ada yang merasa hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan masyarakat apabila mempunyai masalah rambut.

Bagaimanapun, seakan ada sinar selepas kemajuan teknologi dalam bidang perubata dilihat menyediakan penyelsaian kepada masalah tersebut.

Antara kaedah terkini dalam merawat masalah itu adalah rawatan menanam rambut.

Apa itu rawatan tanam rambut?

Menurut Hello Doktor, rawatan tanam atau tambah rambut adalah sejenis prosedur yang dilakukan bagi mengembalikan rambut pada kawasan kulit kepala.

Rawatan itu biasanya akan dilakukan oleh individu yang mengalami masalah keguguran, kebotakan atau penipisan rambut.

Kaedah tanam rambut
Kredit Medical Hair Clinic

Dalam pada itu, menurut Cleveland Clinic pula, kaedah rawatan rambut adalah pembedahan yang dilakukan untuk memindahkan rambut ke kawasan kepala yang botak.

Kaedah rawatan itu akan dijalankan oleh pakar dermatologi atau pakar pembedahan plastik yang pakar dalam proses rawatan berkenaan.

Macam mana proses rawatan tanam rambut berfungsi?

Kaedah ini dilakukan oleh pakar dengan  mengambil cantuman, atau cebisan kulit dari bahagian badan yang mengandungi rambut yang sihat.

Ia biasanya diambil di bahagian belakang kulit kepala anda di mana rambut ia cenderung untuk tumbuh lebih tebal.

Selain rambut asli, rawatan ini juga boleh dijalankan menggunakan rambut sintetik dari jenis artifisial yang diperbuat daripada bahan tertentu sebelum ditanam ke kawasan kulit kepala.

Menurut American Academy of Dermatology, rawatan implan rambut mungkin akan dilakukan antara empat hingga lapan jam.

Tempoh rawatan itu bergantung pada tahap keterukan masalah rambut yang dihadapi oleh pesakit.

Proses rawatan bermula dengan suntikan ubat bius akan diberikan agar kulit kepala tidak terasa sakit semasa proses rawatan itu dijalankan.

BACA: Bolehkah Bakteria Dalam Badan Pengaruhi Mood Seseorang? Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Kaedah tanam rambut
Kredit Dr Malay Mehta

Proses pemulihan boleh mengambil masa antara 6 ke 9 bulan

Difahamkan, individu yang menjalani rawatan ini boleh melihat hasil yang positif selepas enam ke sembilan bulan atau setahun selepas rawatan dijalankan.

Pun begitu, selepas rawatan dilakukan, terdapat kemungkinan rambut yang ditanam boleh tercabut atau tertanggal.

Justeru, pakar akan memberi saranan agar ubat oral dan topikal perlu diambil oleh pesakit bagi mengurangkan masalah rambut yang ditanam dari tercabut.

Selepas prosedur rawatan dijalankan, terdapat pantang larang yang perlu diikuti oleh pesakit. Pantang larang tersebut adalah pesakit tidak boleh menyentuh kulit kepala dan menggunakan syampu.

Oleh itu, keberkesanan rawatan juga bergantung pada pesakit yang menjaga kulit kepala mereka selepas prosedur rawatan itu dijalankan.

Proses rawatan ini boleh dilakukan oleh semua orang, tetapi nasihat dan rundingan pakar perlu dibuat terlebih dahulu sebelum proses rawatan ini dijalankan.

Sumber: Hello Doktor, Cleveland Clinic

The post Ambil Masa Sampai Setahun, Macam Ini Rupanya Rawatan Tanam Rambut Dibuat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*