Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Penuhi Keperluan Kompetensi Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Penuhi Keperluan Kompetensi Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Putrajaya, 20 Februari – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) pada 7 Februari 2024.

Ia diwujudkan bertujuan untuk memperkasa kompetensi digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dengan menyediakan akses kepada mereka untuk mendapatkan bahan latihan, kursus dan sumber-sumber pembelajaran sepenuhnya melalui peranti masing-masing secara dalam talian atau luar talian.

Platform ini memberi manfaat kepada 429,000 orang PPP di seluruh negara dengan akses melebihi 20,000 kandungan termasuk 15,000 e book, 4,000 video, 3,000 kursus, 400 latihan makmal dan 40 sijil profesional.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan dapat membantu mengesan kecenderungan pengguna dengan memberi cadangan modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing.

Menerusi penggunaan SiPP, PPP akan dibimbing secara sistematik tanpa menghilangkan ciri-ciri keseronokan ketika mengikuti sesi pembelajaran.

PPP berpeluang mendapat pengiktirafan dalam bentuk pengurniaan lencana dan sijil yang diiktiraf pada peringkat antarabagsa seperti Microsoft, Cisco, CompTIA, RedHat, Tosa, AWS dan PMI-ACP setelah melengkapkan modul pembelajaran.

SiPP boleh dilayari melalui Modul Individu Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM) dengan kekunci masuk menggunakan ID Guru Malaysia.

The post Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) Penuhi Keperluan Kompetensi Digital Pegawai Perkhidmatan Pendidikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*