Wanita 46 tahun tidak kisah bercinta dengan lelaki 21 tahun

WASHINGTON – Seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat (AS) berazam meneruskan hubungannya dengan seorang lelaki muda walaupun dikritik kerana perbezaan usia mereka terlalu ketara iaitu 21 tahun, lapor akhbar Mirror UK.

Sarah Princess, 46, mula mencari pasangan selepas gagal dalam dua perkahwinannya. Bagaimanapun, Sarah langsung tidak menyangka akan bertemu seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.

Trenton Upshaw memikat ibu tiga anak itu di media sosial selama sembilan bulan sebelum Sarah akhirnya memberi dia peluang.

Bercakap tentang kali pertama mereka bertemu, Sarah berkata: “Setelah memeluknya, saya merasakan kehadiran yang selamat dan terjamin, ia seperti hubungan rohani.

“Seolah-olah kami ditakdirkan untuk bersama antara satu sama lain,” katanya.

Selepas beberapa minggu, cinta mereka semakin kuat dan Trenton memutuskan untuk membawa Sarah keluar makan malam.

Walaupun menyedari mempunyai perasaan antara satu sama lain, Sarah bimbang kerana perbezaan usia mereka.

“Saya meragui keupayaannya untuk memperoleh dan melakukan sesuatu, sehingga akhirnya saya melihat dia melaksanakan tanggungjawab ini secara sendiri,” jelasnya.

Kini, pasangan itu tinggal di ladang seluas 12 hektar di luar bandar dan mempunyai rancangan untuk berkahwin suatu hari nanti walaupun menghadapi banyak kritikan. – Agensi

 

 

The post Wanita 46 tahun tidak kisah bercinta dengan lelaki 21 tahun appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*