Anak Boleh Main Lato-lato, Tapi Kena Tahu Cara Yang Betul, Ini Tekniknya

cara main lato-lato

Tidak dinafikan anak kecil juga boleh main lato-lato tetapi haruslah diaplikasikan dengan cara yang betul untuk memastikan keselamatannya.

Lato-lato, permainan yang tidak asing lagi bagi anda semua, malah di mana-mana anda akan nampak ramai yang bermain permainan ini lebih-lebih lagi kanak-kanak.

Disebabkan ia menjadi tular sejak kebelakangan ini, ramai yang ingin mencuba untuk bermainnya. Dilihat seperi sangat mudah namun, anda perlu tahu langkah-langkahnya terlebih dahulu, baru anda dapat bermain dengan cara yang betul.

Malah, ada yang menginginkan ‘permainan’ ini menjadi penyeri di hari bahagia seperti yang berlaku di Indonesia bulan lalu, sepasang mempelai memilih agar perarakan mereka di majlis perkahwinan disambut dengan bunyi lato-lato.

Bukan hanya itu, sekitar minggu lalu tular seorang pelakon filem Ant-Man, Paul Rudd dilihat ‘enjoy‘ bermain lato-lato ketika berada di majlis karpet merah semasa Majlis Ant-Man and the Wasp: Quantumania Exclusive Fan Event diadakan untuk mempromosikan filem yang bakal ditayangkan kelak.

Jelas dapat dilihat, permainan lato-lato ini amat memberi pengaruh yang besar dalam dunia seharian kita. Jadi, tidak salah membenarkan kanak-kanak untuk bermain, tetapi haruslah dipantau oleh ibu bapa.

Dalam perkongsian Hello Doktor kali ini, anda akan didedahkan dengan cara bermain lato-lato dengan betul, bukan hanya kepada anak-anak, malah individu yang mahu bermain permainan ini juga boleh mengikuti perkongsian ini. Selamat mencuba!

Anak Boleh Main Lato-lato, Tapi Kena Tahu Cara Yang Betul, Ini Tekniknya

cara main lato-lato
Kredit: Hello Doktor

Sekarang ini, di mana-mana sahaja anda boleh melihat kanak-kanak bermain lato-lato. Tetapi apakah sebenarnya permainan kanak kanak yang sedang viral ini?

Teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Permainan kanak kanak lato-lato

Lato-lato, yang juga dikenali sebagai clackers di Amerika Syarikat (AS) merupakan sejenis mainan yang popular sekitar tahun 1960-an dan 1970-an.

Malangnya permainan ini telah diharamkan oleh US Food and Drug Administration (FDA) kerana ia boleh menyebabkan risiko kecederaan kepada kanak-kanak.

Ini kerana clackers pada ketika itu pernah dihasilkan daripada tempered glass yang menyebabkan kanak-kanak menghayunkannya sehingga pecah meletup.

Selain AS, lato-lato juga telah diharamkan di England dan Kanada. Bukan sahaja kerana kes kecederaan yang dilaporkan, bahkan mainan tersebut juga disifatkan sebagai senjata yang berbahaya.

Namun, berlainan pula buat negara Mesir. Pada 2017, Presidennya Abdul Fatah Al-Sisi telah mengharamkan mainan tersebut kerana namanya – Sisi’s ball.

Disebabkan itu, polis telah diarahkan untuk menangkap penjual dan merampas semua lato-lato di sana.

Bagaimanapun permainan ini kembali viral di Indonesia sejak akhir tahun lalu apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo dilihat bermain dengannya.

Secara perlahan-lahan ia mula merayap masuk ke negara kita, Malaysia dan menjadi popular dalam kalangan kanak-kanak.

Anak Boleh Main Lato-lato
Kredit: Hello Doktor

Nama lain permainan lato-lato di rumah ini

Lato-lato ini dikatakan mendapat nama daripada perkataan Bugis latto-latto yang membawa maksud ‘membunyikan bunyi klak-klak’.

Di samping itu, permainan ini juga dikenali dengan panggilan katto-katto, etek-etek, nok-nok dan toki-toki di beberapa bahagian di Indonesia.

Manakala di negara barat, selain clackers, lato-lato untuk disebut sebagai click-clak, knockes, ker-bangers dan clankers.

Risiko kecederaan kalau main lato-lato dengan cara yang tidak betul

Tetapi benarkah permainan lato-lato boleh menyebabkan kecederaan?

Perkara ini tidak boleh dinafikan apabila terdapat laporan kanak-kanak di Indonesia mengalami kecederaan pada muka dan dahi akibat bermain dengan mainan itu.

Malah kes kecederaan melibatkan aktiviti permainan kanak-kanak di Malaysia akibat bermain lato-lato juga telah berlaku menyebabkan si kecil telah mengalami bengkak dan lebam teruk pada batang hidungnya selepas terkena pemberat lato-lato.

Adakah ini bermakna anak perlu dilarang sama sekali untuk bermain permainan ini?

Anak Boleh Main Lato-lato
Kredit: Hello Doktor

Tip bermain lato-lato

Secara amnya, tiada salahnya untuk membenarkan anak bermain lato-lato yang terdiri daripada dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali sebagai permainan kanak kanak di rumah ini.

Bahkan alat permainan lato-lato ini mempunyai kelebihan tersendiri di mana ia membantu meningkatkan koordinasi tangan anak.

Ini kerana cara bermainnya memerlukan individu menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain pada bahagian bawah dan atas tangan. Semakin laju lato-lato terhayun, sekali gus ia dianggap hebat.

Selain baik untuk meningkatkan fungsi koordinasi tangan, Public Health Malaysia turut menyatakan bahawa lato-lato membawa manfaat kepada perkembangan anak, seperti:

  • Merangsang kemampuan motor
  • Melatih anak untuk lebih fokus
  • Meningkatkan hubungan emosi serta sosial
  • Mengurangkan ketagihan gajet
Anak Boleh Main Lato-lato
Kredit: Hello Doktor

Pun begitu, bukan hanya keseronokan yang harus diutamakan, sebaliknya aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan.

Kenapa? Bayangkan jika anak tersilap hayun, maka wujud risiko untuk ladung lato-lato itu terkena tubuh dan muka anak, sekali gus boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan khususnya pada bahagian mata, gigi atau hidung.

Jadi di sini sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk memastikan anak bermain dengan cara yang selamat. Bagaimana caranya?

Pesan kepada anak untuk:

  1. Tidak menghayun lato-lato pada paras atau berhampiran wajah. Sebaiknya hayun pada paras yang rendah atau lebih jauh daripada muka.
  2. Menghindari bermain permainan kanak kanak di rumah ini pada jarak terlalu dekat dengan individu lain atau kawasan lalu-lalang, bimbang wujud risiko terkena individu lain.
  3. Tidak menghayun atau mencampakkan lato-lato ke arah kanak-kanak lain. Pastikan anda bertegas dengan perkara ini.
  4. Berhati-hati dengan tali lato-lato kerana ia boleh terlilit pada jari dan mengembangkan risiko terjerut.

Semoga panduan dikongsikan tentang permainan kanak kanak lato-lato dapat membantu mencegah perkara yang tidak diingini.

Sumber: Hello Doktor 

The post Anak Boleh Main Lato-lato, Tapi Kena Tahu Cara Yang Betul, Ini Tekniknya appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*