Letak Bahan Ni Je, Cara Simpan Taugeh Agar Tak ‘Lebam’, Boleh Tahan Seminggu

taugeh tak lebam cara simpan

Letak Bahan Ni Je, Cara Simpan Taugeh Agar Tak ‘Lebam’, Boleh Tahan Seminggu

Taugeh merupakan sejenis sayuran yang lazim ditemui dalam masakan seperti mihun goreng, mi goreng, soto dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, taugeh bukanlah sayuran yang boleh dinikmati oleh semua. Bagi mereka yang tidak kisah dengan ‘kehadiran’ taugeh dalam makanan, tekstur rangup tetapi sedikit berjus memberi rasa yang tersendiri.

Untuk kelompok yang lain pula, taugeh adalah ‘garisan merah’ yang tidak boleh dilanggar oleh tukang masak. Pantang sekiranya taugeh dicampur dalam makanan yang dihidangkan untuk mereka nikmati.

Malah, mereka boleh menjadi begitu emosional sekiranya jumlah taugeh yang ditemui dalam makanan tidak terkira jumlahnya.

Anda sudah tentu pernah bertemu dengan kelompok ini kan?

Selain itu, taugeh juga dalah sayuran yang mudah dibiakkan. Malah, anda juga boleh ‘menanam’ sendiri taugeh di rumah. Taugeh seperti yang kita semua tahu, cambah daripada biji benih iaitu biji benih kacang hijau.

Namun begitu, buat apa susah-susah untuk menanamnya di rumah jika taugeh boleh dibeli dengan mudah di kedai runcit dan pasar raya.

Kebiasaanya, kita akan beli dalam kuantiti yang banyak kerana harganya murah. Di sesetengah tempat, taugeh boleh dibeli pada harga serendah 50 sen, dan kuantitinya masih banyak.

Jadi, biasanya taugeh hanya disimpan di dalam peti sejuk untuk tempoh yang lama. Masalahnya, taugeh adalah sayuran yang mudah rosak dan lebam.

Apabila ditambah dalam masakan, taugeh yang lebam tadi akan menjadi sangat lembik dan sudah tidak rangup lagi.

Gunakan dua bahan ini, anda dapat simpan taugeh dalam masa lama dari lebam dan layu

Oleh itu, seorang pengguna TikTok (cikrey_ana32) berkongsi tip untuk menyimpan taugeh supaya tidak lebam apabila disimpan dalam jangka masa yang agak lama.

Pertama sekali, ambil satu bekas makanan kosong dan masukkan air ke dalam bekas makanan tersebut.

taugeh tak lebam cara simpan
Kredit: TikTok

Ambil semua taugeh yang baru dibeli dari pasar raya dan masukkan kesemuanya dalam bekas makanan yang berisi air.

Seterusnya, masukkan beberapa bahan seperti sekeping asam keping dan rempah ke dalam bekas tersebut. Rendamkan kedua-dua bahan tersebut ke dalam bekas makanan yang mengandungi air dan taugeh.

taugeh tak lebam cara simpan
Kredit: TikTok

Menurut ruangan komen, anda juga boleh menggantikan rempah dengan garam untuk memastikan taugeh tahan lama.

Selepas itu, tutup bekas makanan tersebut dengan menggunakan penutupnya dan simpan dalam peti sejuk.

@cikrey_ana32

Dah tak risau la lepas ni nak masak taugeh minggu depan pon onz! 😍 beli siap2, simpan. #fyp #fypage #freesiabox #periuk #dinnerwithme #taugehijau #tauge #sayur #airpodsjump #ryanbakery #fypシ

♬ Dj Onenoneno Fyp – DJ Full Beat

Semoga bermanfaat.

BACA: Kenali Konvensyen Geneva, Undang-undang Setiap Pihak Berperang Kena Patuh

Sumber: cikrey_ana32 via TikTok

The post Letak Bahan Ni Je, Cara Simpan Taugeh Agar Tak ‘Lebam’, Boleh Tahan Seminggu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*