Anak Bulan Mungkin Tak Kelihatan Pada Khamis – Pusat Astronomi Antarabangsa

anak bulan khamis

Anak Bulan Mungkin Tak Kelihatan Pada Khamis – Pusat Astronomi Antarabangsa

Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memaklumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri berkemungkinan akan jatuh pada hari Sabtu (22 April) berikutan anak bulan Syawal mungkin tidak kelihatan pada Khamis.

Pengarahnya,  Mohammed Shaukat Odeh berkata bahawa anak bulan mungkin sukar untuk dilihat pada Khamis di kebanyakan negara kecuali bahagian Afrika Barat seperti di Libya.

Justeru, tarikh sebenar 1 Syawal hanya akan disahkan berdasarkan penampakan anak bulan.

“Anak bulan tidak mungkin akan dapat dilihat dengan mata kasar di mana-mana sahaja di dunia Arab dan Islam pada Khamis ini.

“Ia juga tidak mungkin dapat dilakukan dengan teleskop di kebanyakan negara,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Menurutnya lagi, disebabkan itu teleskop yang tepat, pemantauan profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa adalah diperlukan. Namun, gabungan faktor-faktor itu dikatakan jarang berlaku.

“Justeru, prinsip penampakan anak bulan sebagai syarat permulaan 1 Syawal ialah pada hari Sabtu,” jelasnya.

Dalam pada itu, pusat itu juga menjelaskan bahawa tarikh ramalan Aidilfitri ini adalah berdasarkan maklumat astronomi.

“Ramai penyelidik telah menilai nisbah kesilapan  dalam menentukan permulaan bulan Hijrah di negara mereka dan telah mencapai keputusan yang mengejutkan.

“Ia mengesahkan bahawa kemajuan untuk melihat anak bulan dalam beberapa tahun ini adalah sama ada di bawah ufuk atau mustahil untuk dilihat,” katanya.

Negara Arab Umum Cuti

Memetik laporan Arabian News, Negara Kerjasama Teluk (GCC) seperti UAE, Arab Saudi, Qatar, Oman dan Kuwait telah pun mengumumkan cuti Aidilfitri untuk sektor awam dan swasta.

Kakitangan sektor awam dan swasta di UAE dan Arab Saudi akan menikmati cuti selama empat hari bermula 20 April hingga 23 April.

Sementara itu, Qatar mengumumkan cuti selama 11 hari untuk pekerja bermula dari 19 April sehingga 27 April.

Manakala Oman dan Kuwait pula akan bercuti bermula 20 April hingga 25 April.

Terdahulu, Persatuan Astronomi Emirates memaklumkan bahawa hari pertama Raya Aidilfitri dijangka jatuh pada hari Jumaat, 21 April.

“Kemungkinan besar, Ramadan tahun ini adalah selama 29 hari. Hari Raya Aidilfitri dan hari pertama Syawal adalah pada hari Jumaat, 21 April,” kata Ibrahim Al Jarwan, pengerusi lembaga pengarah persatuan itu.

Sumber: International Astronomy Center, Arabian Business

The post Anak Bulan Mungkin Tak Kelihatan Pada Khamis – Pusat Astronomi Antarabangsa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*