Waspada, Ini Kesan Gelombang Haba Yang Anda Perlu Tahu

kesan gelombang haba

Waspada, Ini Kesan Gelombang Haba Yang Anda Perlu Tahu

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, negara telah dilanda cuaca panas yang melampau sehingga Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di beberapa kawasan.

Malah, Pokok Sena di Kedah telah mencapai tahap 2 iaitu pada status gelombang haba.

Mungkin masih ramai yang belum peka mengenai gelombang haba, bagaimana ia boleh berlaku dan apa kesannya?

Untuk pengetahuan, gelombang haba adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas.

BACA: Akibat Gelombang Haba, Berjuta-Juta Ikan Mati Hanyut Di Sungai

Gambar: Bernama

Bagi ruang lingkup negara kita, gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian melebihi 37°C  untuk tiga hari berturut-turut.

Ia kebiasaannya terjadi pada Mac hingga April iaitu pada fasa akhir Monsun Timur Laut sehingga fasa Peralihan Monsun.

Justeru tidak hairanlah ketika ini kita merasa keadaan panas yang luar biasa.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang biasanya boleh terkesan dengan gelombang haba ini adalah di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak, Pedalaman Kelantan, Utara Terengganu dan Pedalaman Pahang.

Kesan-Kesan Gelombang Haba

Jangan ambil mudah kerana gelombang haba mempunyai pelbagai kesan terutama kepada kesihatan kita.

Ia boleh mengakibatkan berlakunya jerebu, kemarau dan kebakaran hutan. Keadaan ini sudah semestinya turut menyebabkan kesihatan kita terganggu.

Gambar: Bernama

Selain itu, penyusutan air empangan juga turut akan berlaku dan ia diburukkan lagi dengan ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama.

Malah, penyakit yang berkaitan dengan haba termasuk dehidrasi, kekejangan panas, keletihan haba, strok haba akan turut dialami oleh kita.

Gambar: Bernama

Justeru, anda dinasihatkan untuk minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau guna payung.

Di samping itu, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh dan simpanlah bekalan air secukupnya.

Anda juga perlu elak dari melakukan pembakaran terbuka.

BACA JUGA: Cuaca Panas Melampau, Jangan Tinggal Enam Perkara Ni Dalam Kereta

Sumber: Malaysian Meteorological Department 

The post Waspada, Ini Kesan Gelombang Haba Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*