Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

bersihkan pantai terengganu

Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sekumpulan anak muda dari Indonesia dan Malaysia telah berganding bahu dalam usaha membersihkan kawasan persisiran pantai berdekatan Kuala Terengganu baru-baru ini.

Acara pembersihan ini difahamkan telah dikelola sekumpulan aktivis alam sekitar dari negara seberang yang dikenali dengan nama Pandawara.

Mereka sebelum ini beberapa kali tular selepas membersihkan longkang dan sungai di Indonesia

Pandawara bersama beberapa badan alam sekitar dari Malaysia telah mengadakan program kesedaran alam sekitar bersama-sama.

“Beberapa aktiviti yang dijalankan di Malaysia seperti membuat perkongsian berkenaan cara pengasingan sampah terhadap warga setempat,” jelas salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut.

BACA: Jarang Dibuat Orang, Anak Muda Indonesia Buat ‘Content’ Bersihkan Sungai Dipuji Ramai

Selain itu, mereka juga telah berusaha untuk meningkatkan kadar kesedaran orang awam berkenaan penjagaan alam sekitar.

Dalam program melibatkan pelbagai pihak itu, mereka turut bertukar-tukar ilmu pengetahuan dalam teknik-teknik pembersihan alam sekitar serta membersihkan persekitaran pantai di Kuala terengganu bersama-sama.

“Dan paling penting, kami turut menekankan untuk tidak teragak-agak ketika membuat keputusan, khususnya untuk kebaikan dan mengelakkan alam sekitar daripada tercemar,” katanya.

Menerusi program ini, Pandawara turut berkesempatan untuk menambah rakan-rakan baharu yang berada di luar sempadan negara sendiri.

Jelasnya, pihaknya akan sentiasa berkomunikasi dengan rakan-rakan di Malaysia secara berkala untuk bertukar-tukar maklumat mengenai hal ehwal alam sekitar serta cara untuk membanteras pencemaran.

Untuk makluman, kumpulan aktivis alam sekitar asal Indonesia ini sedang menjalankan program jelajah  ASEAN pada tahun ini.

Bagi sesi jelajah ASEAN ini, Pandawara akan mengunjungi kira-kira sembilan buah negara ASEAN termasuklah, Malaysia.

Pembukaan sesi jelajah ASEAN ini telah dimulakan di ibu negara Vietnam iaitu Ho Chi Minh pada akhir Januari lalu. Menurut Pandawara, Malaysia merupakan negara kedua yang dikunjunginya dalam misi jelajah ini.

Seterusnya, kumpulan ini akan pergi ke beberapa negara ASEAN lain untuk menjalankan aktiviti kesedaran terhadap alam sekitar.

Antara negara yang bakal dilawati Pandawara adalah Kemboja, Filipina. Brunei, Laos, Thailand, Singapura dan lain-lain lagi.

@pandawaragroup

kami tidak akan pernah berhenti 🇲🇨🇲🇾 #pandawara #onedayonetrashbag #serunyaberbagi #KongsiBersama #KongsiCerita

♬ suara asli – pandawara – pandawara

BACA: Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Sumber: pandawara via TikTok

The post Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*