Punyai Lebih 700KM, Kenali Lebuh Raya Terpanjang Di Malaysia

Lebuh Raya Terpanjang Malaysia

Punyai Lebih 700KM, Kenali Lebuh Raya Terpanjang Di Malaysia

Seperti yang kita tahu, lebuh raya merupakan laluan utama dalam menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat. Di Malaysia, terdapat 30 jenis lebuh raya yang menghubungkan pelbagai kawasan di seluruh negara termasuk di Sabah dana Sarawak.

Tidak seperti jalan biasa, lebuh raya biasanya mempunyai lebih daripada dua lorong, lebih luas dan jarang terganggu dengan kesesakan trafik.

Oleh itu, rata-rata pengguna jalan raya gemar menggunakan laluan ini kerana lebih cepat untuk tiba ke destinasi.

Tapi pernahkah anda terfikir lebuh raya manakah yang mempunyai laluan terpanjang di Malaysia? Menarik bukan? Jadi nak tahu jawapannya mari ikuti perkongsian SK di bawah.

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

Kalau sudah terbiasa melihat lebuh raya, pasti anda merasakan setiap jalan mempunyai kilometer yang sama kerana ia bersambung antara satu sama lain.

Pun begitu, untuk pengetahuan umum, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) atau North-South Expressway (NSE) merupakan lebuh raya terpanjang di Malaysia.

Difahamkan, ia mengambil masa tujuh tahun untuk siap sepenuhnya, Lebuhraya PLUS dibuka secara rasmi pada 8 September 1994.

Ia mempunyai panjang keseluruhan 823 kilometer (km) menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia dan menurut PLUS pula, 748km dari Bukit Kayu Hitam di Kedah berhampiran sempadan Malaysia-Thailand ke Johor Bahru di bahagian selatan Semenanjung Malaysia.

BACA: “Confirm” Bil Tak Mencanak, Lelaki Ajar Tengok Plat Nama Elektrik

Menariknya, laluan ini boleh diibaratkan sebagai tulang belakang kepada laluan pantai barat semenanjung Malaysia dengan merentasi tujuh negeri seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor.

Jadi, tidak hairan jika ia menghubungkan kepada banyak bandar-bandar dan pekan-pekan utama di barat semenanjung.

Lebuhraya ini juga menjadi alternatif yang lebih pantas kepada laluan persekutuan lama, sekali gus mengurangkan masa perjalanan dari pekan ke bandar.

Gambar: PLUS

Secara ringkas, tulang belakang lebuh raya ini terbahagi kepada dua, Laluan Utara Lebuhraya PLUS (E1), Laluan Selatan Lebuhraya PLUS (E2), petik KLIA.

Laluan Utara Lebuhraya PLUS

Lebuh Raya Terpanjang Malaysia
Gambar: KLIA

Bagi laluan utara, ia mempunyai panjang bermula dari Alor Setar-Jambatan Pulau Pinang-Kuala Lumpur atau dikenali sebagai Lebuhraya E1.

Ia adalah sebahagian daripada lebuh raya 2 Rangkaian Lebuhraya Asia. Laluan ini menjadi laluan paling banyak akses tol antara negeri di Semenanjung Malaysia.

Lebuhraya E1 membentuk bahagian utara Lebuhraya Utara-Selatan yang lebih besar, melalui negeri barat laut Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Lebuh raya ini bermula dari pusat pemeriksaan Bukit Kayu Hitam di Kedah di mana terletaknya sempadan Malaysia-Thailand dan berakhir di Bukit Lanjan di Selangor tepat bersimpangan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Laluan Selatan Lebuhraya PLUS

Gambar: KLIA

Bagi laluan selatan pula, Laluan Selatan Lebuhraya Plus atau E2 mempunyai jarak sejauh dari Kuala Lumpur-Seremban-Melaka-Johor.

BACA JUGA: Kenali 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2024

Lebuhraya E2 juga membentuk bahagian selatan Lebuhraya Utara-Selatan merentasi empat negeri iaitu, Selangor, Negeri Sembilan, Johor.

Laluan Selatan Lebuhraya Utara-Selatan bermula di bahagian selatan Kuala Lumpur, di Sungai Besi dan berakhir di Kilometer 0, Pandan, Johor Bahru.

Kemudahan Yang Tersedia

Lebuh Raya Terpanjang Malaysia
Gambar: BERNAMA

Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Lebuhraya NSE ini.

Antaranya kawasan hentian rehat dan rawat (R&R) sepanjang laluan (berjarak 60km setiap RnR), tempat letak kereta Lay-Bys terletak kira-kira setiap dua simpang, Vista Points untuk pengembara berehat.

Selain mempunyai stesen minyak, kiosk layan diri, telefon kecemasan setiap 2km, nombor hotline PLUSLINE, Perkhidmatan PLUS Ronda (rondaan PLUS) bagi membantu pemandu sekiranya berlaku masalah kenderaan di lebuh raya dan unit peronda helikopter PLUS untuk memantau lebuh raya PLUS.

Sistem tol

Lebuhraya Utara-Selatan menggunakan dua jenis sistem tol iaitu Sistem Terbuka dan Sistem Tertutup.

Sistem Terbuka

Sistem ini membolehkan pengguna hanya perlu membayar di plaza tol tertentu dalam julat sistem terbuka untuk jumlah tetap.

Antara lokasi tol yang digunakan adalah Batu Tiga dan Sungai Rasau (Selangor); Bukit Kayu Hitam (Kedah); Jitra, (Kedah);Jambatan Pulau Pinang; Kubang Semang (Pulau Pinang) dan Lunas (Kedah); Kempas (Johor), Tambak Johor-Singapura, Lukut dan Mambau (Negeri Sembilan); Tanjung Kupang, Taman Perling dan Lima Kedai (Johor)

Lebuh Raya Terpanjang Malaysia
Gambar: KLIA
Gambar: KLIA
Lebuh Raya Terpanjang Malaysia
Gambar: KLIA
Gambar: KLIA

Sistem Tertutup

Manakala bagi sistem tertutup pula, pengguna perlu mengambil tiket tol atau kad PLUS Transit sebelum memasuki lebuh raya di plaza tol masing-masing dan membayar sejumlah tol di plaza tol keluar serta jarak dari plaza ke Had Tanggungjawab Penyelenggaraan (LMR).

Sumber: PLUS, KLIA

The post Punyai Lebih 700KM, Kenali Lebuh Raya Terpanjang Di Malaysia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*