Anak Panjat Bumbung & Tabur Pasir Dalam Enjin Lamborghini, Ayah Terpaksa Bayar Ganti

pasir enjin lamborghini

Anak Panjat Bumbung & Tabur Pasir Dalam Enjin Lamborghini, Ayah Terpaksa Bayar Ganti

Seorang ayah terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa membayar ganti selepas anaknya bermain dan menabur pasir pada bahagian enjin sebuah Lamborghini.

Menurut The Thaiger, kejadian berkenaan berlaku di sebuah tempat letak kenderaan terbuka di China pada 29 Oktober lepas.

Kenderaan mewah berkenaan milik seorang lelaki yang meninggalkan kenderaan di tempat letak kenderaan terbabit atas satu urusan.

Namun begitu, selepas lelaki mahu mengambil semula kenderaannya, dia mendapati kenderaan tersebut dalam keadaan kotor dan dipenuhi pasir.

Pemeriksaan pada kamera pengawasan litar tertutup (CCTV) mendapati kejadiaan berkenaan berpunca daripada tindakan seorang kanak-kanak.

Ayah terpaksa bayar ganti rugi, anak tabur pasir dalam enjin & panjat bumbung Lamborgini

Selain dirakam menabur pasir pada bahagian terbuka enjin berkenaan, kanak-kanak itu juga turut memanjat bumbung kereta buatan Itali tersebut.

Berdasarkan bukti berkenaan, lelaki itu seterusnya membuat laporan polis. Hasil bantuan pihak berkuasa, kanak-kanak dan penjaganya berjaya dikesan.

Selepas kanak-kanak tersebut mengaku melakukan perbuatan berkenaan, ibu bapanya telah memohon maaf dan berjanji untuk menanggung semua kos baik pulih sekiranya berlaku kerosakan.

Mujurlah, walaupun pusat servis mengesan pasir memasuki bahagian anjin kereta berkenaan, namun tiada sebarang kerosakan yang berlaku.

Ibu bapa kanak-kanak berkenaan hanya perlu menanggung kos mencuci Lamborghini berkenaan sahaja yang berjumlah 10,000 Yuan (RM 6,478).

Menurut pemilik kenderaan berkenaan, Lamborghini berkenaan berharga 8 juta Yuan (RM 5.18 juta). Namun begitu, nilai sebenar kenderaan sebenar termasuk semua aksesori dan ubah suai yang dibuat adalah sekitar 10 juta Yuan (RM 6.47 juta).

Walau bagaimanapun, dia menerima permohonaan maaf yang dibuat oleh ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan lanjut.

Mengenai Lamborgini

Pengasasnya, Ferruccio Lamborghini dilahirkan pada 1916. Dia mendirikan syarikat yang dikenali sebagai Automobili Ferruccio Lamborghini pada Mei 1963.

Lamborghini mempunyai tabiat untuk terlibat sendiri dalam kerja-kerja pembangunan apabila merasakan ada yang tidak kena dan proses tidak berjalan seperti yang dimahukannya.

Selepas itu, Lamborghini mula menghasilkan kenderaan yang berkualiti tinggi dan jenama-jenama ikoniknya pula sering dinamakan dengan nama-nama haiwan.

Antara jentera-jentera terkenal Lamborghini adalah seperti Aventador, Murciélago, Gallardo dan Urus.

Lamborghini meninggal dunia pada 1993 pada usianya 76 tahun.

BACA: Individu Kedua Terima “Transplant” Jantung Babi Dilapor Meninggal Dunia

Sumber: The Thaiger

The post Anak Panjat Bumbung & Tabur Pasir Dalam Enjin Lamborghini, Ayah Terpaksa Bayar Ganti appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*